Ibarat seperti sudah dijemput ajal, begitulah Rico Hermawan yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan Thamrin di sini Khamis lepas.
Beberapa saat sebelum berlaku serangan bom dan senjata api itu, Rico sebenarnya ditahan polis dan disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas di tempat kejadian atas kesalahan membawa motosikal melawan arus.
Ketika kejadian, Rico, 21, membawa sepupu perempuannya bernama Anggun Kartikasari, 24, untuk menghadiri temu duga di bangunan berhampiran dan ketika sedang disaman polis, berlaku letupan di pondok polis di Jalan M.H Thamrin yang meragut nyawanya.
Rico maut di tempat kejadian kerana terkena letupan manakala Anggun dan polis terlibat parah akibat terkena serpihan bom dan dilaporkan masih dirawat di hospital.
Menurut seorang saudara Rico yang dikenali sebagai Didi, beliau mengetahui cerita mengenai kejadian yang menimpa Rico itu setelah melawat Anggun di hospital yang telah boleh bercakap tetapi masih lemah dan trauma.
Rico bekerja sebagai penjaga rumah mayat di Hospital Polis Republik Indonesia yang akhirnya mayatnya ditempatkan di situ untuk bedah siasat.
Jenazahnya diserahkan kepada keluarga tengah malam tadi dan dibawa pulang oleh keluarganya ke Boyolali, Jawa Tengah untuk dikebumikan.
Bapa saudara Rico, Sigit berkata seluruh anggota keluarga masih bersedih dan enggan memberi sebarang kenyataan mengenai tragedi yang menimpa Rico.
Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian itu menerusi siaran berita televisyen apabila nama Rico disebut dan terdapat polis yang menghubungi keluarganya, mereka bergegas ke Jakarta untuk mengesahkan mayat Rico.
Ketua Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya, M.Iqbal berkata polis mengesahkan Rico orang awam yang terkorban dan kejadian yang menimpa Rico dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tepi pondok polis itu.
Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi Khamis lepas, tujuh orang mati termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas, manakala lebih 30 orang termasuk lima anggota polis dilaporkan parah.
Bernama
Sun Jan 17 2016
Polis dan kakitangan hospital di Jakarta membawa mayat Rico ke rumah mayat pada Sabtu. Polis Indonesia mendakwa telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki dipercayai terbabit dalam serangan di bandaraya itu pada Khamis. Foto AFP/Bay Ismoyo
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
Serangan di Jakarta: Rico maut terkena bom ketika disaman polis
Ibarat seperti sudah dijemput ajal, begitulah Rico Hermawan yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan Thamrin di sini Khamis lepas.