BANGKOK: Orang yang datang dan beratur dalam barisan panjang kini kembali kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, sejak lama ia sepi tanpa pengembara.
Namun, barisan panjuang itu bukanlah mereka yang hendak mendaftar masuk untuk menaiki pesawat, namun untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, lapor Reuters.
Sepanjang minggu ini, ruang daftar masuk di lapangan terbang itu ditukar menjadi pusat imunisasi, sebagai sebahagian daripada usaha mempercepat program vaksinasi di negara itu.
Meja dan kerusi ditempatkan di hadapan kaunter daftar masuk, dan kemudian pekerja imigresen serta kru kabin berbaris untuk mendapatkan vaksin. Setiap hari dianggarkan lebih 1,000 orang menjalani proses vaksinasi itu.
Program imunisasi di lapangan terbang itu mengembalikan semula ‘nyawa’ pada lapangan terbang Suvarnabhumi, yang sebelum ini mengalami tamparan hebat apabila jumlah penumpang dan kesibukan trafik udara berkurangan dengan ketara.
Pada masa yang sama, peraturan kemasukan penerbangan antarabangsa juga semakin diperketatkan.
Pada tahun 2019, sebelum kedatangan pandemik, Thailand menerima hampir 40 juta pelancong yang kebanyakannya tiba menerusi pintu masuk utama iaitu Suvarnabhumi. Bagaimanapun, pada Mac lalu, Negara Gajah Putih itu hanya mencatatkan sejumlah 6,737 pelawat.
Petugas lapangan terbang, Siwaporn Singkhrut, adalah antara yang terawal daripada lebih 30,000 orang yang sedia menerima vaksin di lapangan terbang itu.
Dia berpendapat masih ada banyak ruang di tempat itu boleh digunakan untuk meluaskan perkhidmatan imunisasi berkenaan kepada orang awam.
"Sekarang ini, hanya sebahagian kecil lapangan terbang ini beroperasi. Adalah lebih baik jika ia dibuka sepenuhnya kepada umum supaya lebih ramai orang boleh datang dan divaksinasi,” ujarnya.
Selepas setahun mengalami penularan pada tahap sederhana, Thailand kini berdepan cabaran penularan terbesar dan terpantas, dengan mencatatkan kes yang berganda sejak awal April, dengan 61,699 kes dan 178 kematian.
Agensi
Thu Apr 29 2021
Seorang petugas lapangan terbang menerima suntikan vaksin daripada pekerja kesihatan di kaunter imunisasi di lapangan terbang Suvarnabhumi. - Reuters
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.