GENEVA: Sepanyol telah memutuskan untuk menyertai kes genosid Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Menteri Luar Sepanyol pada Khamis.

"Kami membuat keputusan ini berikutan penerusan operasi ketenteraan di Gaza," kata Jose Manual Albares dalam satu sidang akhbar, lapor Agensi Anadolu.

"Kami juga memerhati dengan kebimbangan yang besar terhadap peluasan konflik di rantau ini," kata Albares.

Sepanyol membuat keputusan ini bukan sahaja untuk "membawa kembali keamanan ke Gaza dan Timur Tengah," tetapi juga kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa, katanya.

-- BERNAMA