Robles memberitahu saluran televisyen Sepanyol RTVE pada Rabu bahawa 350 individu itu menyatakan hasrat untuk kembali ke Sepanyol berikutan situasi tegang di Asia Barat.
Pesawat ketiga mungkin akan dihantar ke Lubnan pada Jumaat untuk memindahkan warga negara lain yang meminta bantuan daripada Sepanyol, tambah menteri itu.
Kerajaan Sepanyol mengesyorkan warganegara asing untuk meninggalkan Lubnan, katanya, sambil menambah bahawa sekitar 670 kakitangan tentera Sepanyol yang ditempatkan di negara itu akan kekal buat masa ini.
Robles mengkritik peningkatan konflik oleh semua pihak, menyifatkannya sebagai "tidak boleh diterima" dan menyeru "keamanan serta pematuhan undang-undang antarabangsa".
-- BERNAMA