Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang semalam, ditemui lemas di Tasik Karapiro, kira-kira 30 kilometer dari bandar Hamilton, New Zealand tengah hari ini.
Mayat pelajar itu ditemui pihak berkuasa tempatan setelah hilang sejak 3.30 petang Ahad sewaktu berada di kawasan berkenaan bersama rakannya.
Kementerian Luar yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington telah berada di Hamilton bagi tujuan penyelarasan dengan pihak berkuasa di sana dan menghulurkan bantuan sewajarnya.
"Kementerian mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dengan insiden tersebut," kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.
Menurut laporan akhbar edisi digital tempatan, NZ Herald, mayat pelajar berusia 21 tahun itu ditemui tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan hilang pada Ahad.
Mangsa, pelajar di Universiti Waikato dikatakan berenang di kawasan tasik yang mempunyai kedalaman antara enam dan lapan meter itu manakala beberapa rakannya hanya memerhatikan dari tebing sebelum tiba-tiba dikatakan hilang.
Operasi mencari menyelamat mulanya menggunakan jet ski tetapi gagal menemui mangsa sebelum sebuah helikopter digunakan dalam pencarian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017
Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang semalam, ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand. - Gambar fail
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Seorang pelajar Malaysia lemas di Tasik Karapiro, New Zealand
Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang semalam, ditemui lemas di Tasik Karapiro, kira-kira 30 kilometer dari bandar Hamilton, New Zealand tengah hari ini.