Seorang kanak-kanak terbunuh manakala 30 lagi tercedera akibat serangan di kem pelarian di Gaza City pada Isnin.

Menurut laporan AFP, yang mengungkap kata-kata pasukan perubatan, serangan itu berlaku hanya beberapa minit selepas genjatan senjata yang diumumkan oleh Israel.

Serangan itu terkena sebuah rumah berdekatan kem pelarian Shati yang membunuh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra kepada AFP.

Pada Isnin , tentera Israel mengumumkan gencatan senjata kemanusiaan satu pihak berkuatkuasa pada 0700 GMT.

Hamas berkata yang pihaknya akan mengawasi gencatan senjata itu, dan akan mengeluarkan amaran untuk masyarakat Gaza berjaga-jaga apabila mereka keluar, selepas gencatan senjata sementara yang dikeluarkan mengakibatkan pertumpahan darah di Semenanjung bergolak itu.