LONDON:Suatu yang hanya sehalus-halus kejadian, mampu melumpuhkan dunia!
Kesemua virus yang menyebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia ini, sekiranya dikumpulkan, boleh muat di dalam satu tin minuman.
Reuters melaporkan, perkiraan luar biasa itu adalah merupakan hasil kajian daripada pakar matematik British sekali gus menunjukkan betapa dahsyat permasalahan mampu tercetus hanya kerana partikel virus yang sangat halus.
Berdasarkan statistik kadar jangkitan baharu pandemik itu, dan disertai formula pengiraan teliti tentang penggandaan virus, pakar matematik Universiti Bath, Kit Yates, membuat jangkaan bahawa terdapat sehingga dua quintilion, atau dua bilion bilion - partikel virus SARS-CoV-2 di dunia pada satu-satu masa.
Memperincikan langkah pengiraannya, Yates berkata, dia menggunakan diameter virus berkenaan, iaitu secara purata lebih kurang 100 nanometer (satu per 100 bilion daripada semeter). Dia juga mengambil kira isipadu virus berbentuk sfera itu.
Yates berhujah, walaupun sudah menghitung pembentukan protein virus korona itu dan hakikat bahawa terdapat 'ruang kosong' apabila partikel virus sfera itu dihimpit bersama, jumlah keseluruhannya masih kurang daripada tin minuman berisipadu 330 mililiter.
"Sangat mengagumkan apabila memikirkan bahawa semua masalah itu, gangguan ini, keperitan ini, dan setiap nyawa yang terkorban sejak tahun lalu, berpunca daripada suatu yang amat sedikit," kata Yates dalam satu kenyataan.
Setakat ini, lebih daripada 2.34 juta manusia telah meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, dan kira-kira 107 juta kes jangkitan di seluruh dunia.
Agensi
Sat Feb 13 2021
![Semua virus COVID-19 di dunia ini, jika dikumpul, muat dalam satu tin minuman - Kajian Semua virus COVID-19 di dunia ini, jika dikumpul, muat dalam satu tin minuman - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613206075_cancovidvirus.jpg)
Walaupun sudah menghitung pembentukan protein virus itu dan hakikat terdapat 'ruang kosong' apabila partikel virus itu dihimpit bersama, jumlah keseluruhannya masih kurang daripada tin minuman berisipadu 330ml. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640163213_SuhaizanKaiat.jpg)
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.
![Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719574302_LabuanDiveClub.jpg)
Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.
![Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712754854_FBREAKWHOx.jpg)
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.
![97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton 97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81439085721_WORKINGWOMEN.jpg)
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
![Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698903383_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
![Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000 Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701411072_TBSPORT.jpg)
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
![MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700170005_ChangLihKang.jpg)
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
![Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699848579_APEC.jpg)
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
![Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19 Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679908099_kidsabuse.jpg)
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
![Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644112196_VirusOutbreakRussi.jpg)
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.