ISTANBUL: Sempadan Turkiye-Armenia dibuka semula pada Sabtu, buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi.
Menurut Agensi Anadolu, lima trak yang membawa bantuan dari Armenia menyeberangi sempadan Alican dan melintasi wilayah Igdir di timur Turkiye.
Timbalan Menteri Luar Armenia Vahan Kostanyan berkongsi video yang menunjukkan trak bantuan melintasi jambatan untuk ke Turkiye.
"Bantuan kemanusiaan daripada #Armenia melintasi jambatan Margara di sempadan #Armenia-#Turki menuju ke wilayah yang dilanda gempa bumi," kata Kostanyan di Twitter.
Serdar Kilic, Turkiye's special envoy to discuss steps for normalisation of ties with Armenia, thanked on Twitter to Armenia for the aid.
Utusan Khas Turkiye Serdar Kilic mengucapkan terima kasih kepada Armenia atas bantuan itu.
"Terima kasih @VahanKostanyan terima kasih @RubenRubinyan atas usaha murni anda untuk menjayakan usaha ini.
"Saya akan sentiasa kenang bantuan ikhlas yang dihantar oleh rakyat Armenia untuk membantu meringankan penderitaan rakyat kita di wilayah yang dilanda gempa bumi di Turkiye," kata Kilic di Twitter.
Jurucakap Kementerian Luar Armenia Vahan Hunanyan berkata di Twitter: "Hari ini #Armenia telah menghantar bantuan kemanusiaan ke #Turki. Trak yang membawa bantuan kemanusiaan telah melintasi jambatan Margara di sempadan dan dalam perjalanan menuju ke kawasan yang dilanda gempa bumi."
Lintasan sempadan Alican pernah digunakan pada tahun 1988 apabila gempa bumi kuat melanda Armenia untuk menghantar bantuan oleh Bulan Sabit Merah Turki ke kawasan yang terjejas.
Tahun lalu, pegawai Turki dan Armenia bersetuju membuka sempadan darat untuk membolehkan rakyat negara ketiga melawat kedua-dua negara secepat mungkin, menurut Kementerian Luar Turki.
Turkiye dan Armenia juga telah menyambung semula penerbangan komersial pada Februari 2022 selepas terhenti selama dua tahun.
Hubungan kedua-dua negara dingin disebabkan pelbagai isu termasuk pendudukan Armenia di Nagorno-Karabakh dan peristiwa 1915 semasa era Empayar Uthmaniyyah sehingga sempadan antara dua negara itu ditutup sejak 1993.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Sempadan Turkiye-Armenia dibuka semula pada Sabtu, buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi. - Foto fail/BERNAMA
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Sempadan Turkiye-Armenia dibuka selepas 30 tahun untuk hantar bantuan ke zon gempa
Sempadan Turkiye-Armenia dibuka semula pada Sabtu, buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi.