MOSCOW: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam insiden tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan, Amerika Syarikat, lapor Sputnik memetik laporan CNN.


Ringkasan AI
  • Sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, cedera dalam insiden tembakan di Rochester Hills, Michigan.
  • Sheriff Oakland County, Michael Bouchard, melaporkan bahawa beberapa senjata api dan tiga magazin peluru kosong ditemui di tempat kejadian.
  • Suspek yang melepaskan tembakan kini terperangkap di sebuah rumah berhampiran, dan pasukan khas serta kenderaan berperisai telah dikerah untuk membantu pihak berkuasa tempatan.


Sheriff Oakland County Michael Bouchard berkata pihak berkuasa menjumpai beberapa senjata api dan tiga lelopak (magazin) peluru kosong ketika tiba di tempat kejadian.

Suspek yang keluar dari sebuah kenderaan bertindak melepaskan tembakan.

Polis percaya kejadian itu merupakan tembakan rambang dan punca kejadian sedang disiasat.

Suspek kini terperangkap di dalam sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, dengan pasukan khas dan kenderaan berperisai dikerah untuk membantu pihak berkuasa tempatan.

--BERNAMA-SPUTNIK