Wilayah selatan Thai terus bergolak apabila 10 anggota keselamatan cedera dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di Pattani, Yala dan Narathiwat pada Rabu.
Ketua Polis Narathiwat Mej. Jen. Polis, Pattanawut Angkanawin berkata, lima anggota sukarelawan tempatan cedera apabila serangan sebutir bom terkena kenderaan dinaiki mereka ketika pulang daripada menjalankan tugas keselamatan di Takbai pada pukul 4.30 petang.
"Bom itu diletupkan ketika mereka pulang daripada menjaga keselamatan pilihan raya ketua kampung di Mukim Chek He, Takbai. Seorang daripada sukarelawan itu putus kakinya," katanya kepada pemberita di sini.
Letupan bom terbabit turut mengakibatkan kenderaan dinaiki mereka rosak teruk, katanya dan menambah, kesemua yang cedera itu telah dikejarkan ke Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk mendapatkan rawatan.
Kira-kira sejam sebelum kejadian di Takbai itu, sebutir bom turut dilaporkan meletup di Pattani mengakibatkan lima anggota polis yang sedang melakukan rondaan keselamatan cedera.
Ketua Polis Pattani Mej.Jen Thanonsak Wangsupa berkata bom terbabit disasarkan terhadap anggota polis yang melakukan rondaan jalan raya antara daerah Nongchik dan Muang Pattani.
Sebutir bom turut dilaporkan meletup berhampiran pejabat pentadbiran Mukim Bachok, Benansetar, Yala pada 2.50 petang semalam, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Bernama
Thu Apr 21 2016

Wilayah selatan Thai kini terus bergolak. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Selatan Thai digegar tiga lagi letupan bom, 10 anggota keselamatan cedera
Wilayah selatan Thai terus bergolak apabila 10 anggota keselamatan cedera dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di Pattani, Yala dan Narathiwat pada Rabu.

14 jemaah haji Thailand dikuarantin, disyaki dijangkiti MERS
Sebanyak 14 daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air semalam dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).