GAZA: Penduduk Gaza yang kini berada di Rafah dalam keadaan sehelai sepinggang selepas dipaksa berpindah akibat serangan Israel, bukan saja berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan ubatan tetapi turut bergelut dengan ancaman cuaca sejuk melampau, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam sebuah khemah yang diperbuat daripada kain dan plastik di tengah-tengah padang pasir yang terletak di sempadan selatan Semenanjung Gaza, Palestin dan Mesir itu, Ismail Nubhan duduk bersama anak-anak dan cucu-cucunya mengelilingi unggun api yang dinyalakan dengan kepingan plastik dan kayu untuk menghangatkan badan.
Nubhan, 60, berkata: "Dua hari lepas angin sangat kencang. Sepanjang malam kami berjaga memastikan tali nilon khemah tidak putus. Kami tinggal di padang pasir, di hadapan ada laut. Sejuknya melampau, malam lagi berganda sejuk."
Khemah yang dikongsi bersama 28 individu itu turut diselubungi asap hitam berbau plastik yang sangat menusuk hidung.
Isterinya, Raeda Awad, 50, berkata: "Tanpa api, kami sejuk. Ada api, kami pula terpaksa sedut asap plastik yang menyesakkan dada."
Khemah keluarga ini hanya satu daripada ribuan lagi khemah pelarian yang dibina di selatan Semenanjung Gaza yang kini masih terus dikepung dan diserang Israel.
Ia terletak ratusan meter dari pantai Laut Mediterranean, barat daya kota Rafah, berhampiran sempadan Mesir.
Sambil duduk di sebelah cucunya yang kerap batuk, Awad berkata: "Semua kanak-kanak sakit akibat bau asap beracun ini. Mereka batuk berterusan dan hidung berair. Pakaian pula tidak cukup untuk memanaskan badan."
"Selimut memang tidak mencukupi. Setiap tiga orang berkongsi satu selimut...kepingan kayu yang ada untuk menyalakan unggun api pula agak lembap dan memerlukan sekurang-kurangnya empat hari untuk kering,"katanya.
Di khemah lain, Muhammad Kahil, 35, dari utara Gaza, berkata: "Kami tidak ada makanan, air atau pemanas. Tak mustahil kami akan mati kedinginan di sini."
Menurut Haneen Adwan, 31, yang berpindah dari kem Nuseirat di zon tengah Gaza ke Rafah pula tiada sumber haba lain selain api tetapi harga kayu api sangat mahal dan kami pula tidak mempunyai wang.
"Jadi kami nyalakan api dengan plastik akibatnya inilah... kami pula sesak nafas," jelas ibu kepada enam cahaya mata .
Anaknya Fadi,14, berkata mereka mesti menyalakan sesuatu jika tidak akan mati kesejukan.
Di khemah berhampiran, Khaled Farjullah, 36, sedang memanaskan badan sambil menyediakan roti untuk enam anaknya termasuk seorang yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
"Di sini, selepas jam dua pagi tiada siapa yang dapat tidur kerana cuaca ketika itu sangat sejuk. Walau saya letak seribu selimut sekali pun, lantai tanah ini masih akan terasa sangat sejuk dan lembap," katanya.
Perang genosid yang dilancarkan oleh tentera penceroboh Israel terhadap rakyat palestin di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara sejak 7 Okt lalu telah mengorbankan lebih 24,000 orang dan hampir 70,000 lagi cedera selain kemusnahan teruk pada bangunan dan infrastruktur.
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus daripada jumlah penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal.
Kenyataan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Program Makanan Antarabangsa (WFP) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menegaskan bahawa terdapat keperluan mendesak di Semenanjung Gaza untuk perubahan drastik dalam aliran bantuan kemanusiaan.
Statistik yang diterbitkan oleh Biro Perangkaan Pusat Palestin mendokumenkan sejumlah 290,000 unit bangunan dan infrastruktur di Semenanjung Gaza telah musnah akibat dibom oleh tentera rejim dalam tempoh 100 hari.
Menurut Kementerian Kerja Raya Palestin, lebih satu perempat juta unit rumah telah musnah pada tahap yang berbeza-beza, lebih 35 peratus kawasan bandar lenyap dari muka bumi dan lebih 40 peratus infrastruktur musnah sepenuhnya, termasuk jalan raya, rangkaian air dan sistem kumbahan serta talian elektrik dan komunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024

Khemah yang dikongsi bersama 28 individu itu turut diselubungi asap hitam berbau plastik yang sangat menusuk hidung. -Gambar fail/Reuters
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.