Sebulan selepas kehilangan kapal selam Tentera Laut Argentina, waris dan saudara-mara 44 anak kapalnya mengadakan perhimpunan di Mar Del Plata untuk menuntut pihak berkuasa membatalkan keputusan mereka untuk berhenti mencari mangsa.

Sebahagian mereka berkumpul di Pangkalan Tentera Laut manakala yang lain mengadakan perhimpunan di pusat bandar.

Tentera Laut negara itu sebelum ini menyatakan bahawa pencarian itu tidak lagi dianggap sebagai misi menyelamat tetapi mereka akan terus mencari kapal selam yang hilang dengan bantuan negara-negara lain.

Kapal selam diesel elektrik TR-1700 buatan Jerman hilang pada 15 November di perairan Atlantik Selatan ketika belayar dari Ushuaia.

Pada masa kehilangan itu dilaporkan telah menjalani operasi rutin, berlayar dari hujung Selatan Argentina ke pangkalannya di Mar Del Plata selepas menyertai latihan.