Mangsa kesepuluh dan kesebelas yang terperangkap sejak dua minggu lalu di gua Tham Luang, Chiang Rai berjaya dibawa keluar sebentar tadi, lapor saksi agensi berita Reuters.
Namun masih belum ada pengesahan rasmi dari pihak berkuasa Thailand mengenainya.
Selang beberapa minit sebelum itu, seorang lagi pelajar lelaki berjaya dibawa keluar hari ini pada hari ketiga operasi bersepadu yang dilancarkan pihak berkuasa Thailand.
Seorang jurucakap tentera laut yang memaklumkan berita terbaharu itu berkata pelajar terbabit yang juga anggota sebuah pasukan bola sepak remaja, kini sedang dirawat di lokasi berhampiran gua dia diselamatkan.
Sehingga kini sebelas daripada 12 pelajar telah dikeluarkan.
Baki seorang pelajar dan seorang jurulatih mereka kini sedang berusaha dibawa keluar.
Sementara itu Bangkok Post melaporkan pihak berkuasa Thailand yakin dapat membawa baki mangsa terakhir termasuk jurulatih mereka pada hari ini.
BACA: SAR Tham Luang: "Kita akan raikannya bersama-sama"
Dalam sebuah sidang media tengah hari waktu tempatan, ketua misi menyelamat, Narongsak Osottanakorn turut berkongsi keadaan lapan remaja yang telah diselamatkan dalam operasi yang bermula sejak Ahad.
Menurutnya semua remaja yang kini berada di sebuah hospital di Chiang Mai mempunyai jangkitan dan berada dalam keadaan lemah kerana tidak cukup makan.
Jelasnya, ada di antara remaja itu yang meminta diberikan roti berperisa coklat namun buat masa ini mereka hanya diberikan makanan lembut kerana terlalu lemah.
Mengenai operasi menyelamat pada hari ini yang bermula pada jam 10 pagi, Narongsak berkata, operasi oleh 19 penyelam terlibat dijangka dapat dilengkapkan sepenuhnya pada hari ini.
"Paras air di gua pada hari ini adalah sama seperti paras air sejak dua hari lalu. Saya yakin bahawa remaja-remaja dan jurulatih mereka yang masih terperangkap dapat dikeluarkan pada hari ini dalam jangka masa yang lebih cepat berbanding semalam.
"Seorang doktor dan tiga anggota tentera laut SEAL Thai yang telah berada di dalam gua itu bersama mangsa selama akan turut keluar hari ini jika semua mangsa dapat diselamatkan," katanya.
Menurutnya, operasi pada hari ini dijangka lebih sukar dan mengambil masa lebih lama kerana jumlah individu yang akan dibawa keluar.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Thailand Thongchai Lertwilairattanapong dalam sebuah sidang media pada waktu pagi berkata remaja yang termuda dalam pasukan bola sepak Wild Boar itu berumur 12 tahun.
Jelasnya antara ayat-ayat pertama mereka adalah 'saya rindu ibu bapa' dan 'mahu pulang ke rumah'.
Apabila ditanya sama ada mereka akan dibawa ke Rusia bagi menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, beliau berkata remaja-remaja tersebut terlalu lemah untuk membuat perjalanan jauh dan hanya boleh menonton di kaca televisyen jika keadaan kesihatan mereka bertambah baik.
Agensi
Tue Jul 10 2018
Ketua Misi Menyelamat yakin bahawa kesemua mangsa, seorang doktor dan anggota tentera SEAL akan dibawa keluar dari gua pada hari ini. - Foto Twitter Elon Musk
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
SAR Tham Luang: Mangsa kesembilan berjaya dibawa keluar
Operasi menyelamat bermula jam 10 pagi dan 19 penyelam terlibat dalam operasi yang dijangka dapat dilengkapkan pada hari ini.