TOKYO: Salji tebal dijangka melanda pelbagai wilayah di Jepun, terutamanya di sepanjang pantai Laut Jepun iaitu Hokkaido ke wilayah Chugoku barat hingga Ahad.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), setakat jam 6 pagi Sabtu, ketinggian salji telah mencecah 152 sentimeter (cm) di bandar Oguni di Wilayah Yamagata, manakala salji di kampung Sekikawa di Wilayah Niigata mencecah 117 cm, lapor Xinhua.
Pegawai cuaca memberi amaran angin kencang dengan kadar tiupan 35 meter sesaat akan melanda sepanjang pantai Laut Jepun dan utara Jepun pada Sabtu.
Wilayah Niigata diramalkan menerima curahan salji sehingga 80 cm dalam tempoh 24 jam hingga pagi Ahad.
Wilayah timur laut Tohoku menyaksikan salji setinggi 70 cm, manakala wilayah Kanto-Koshin setinggi 60 cm, menurut JMA.
Pantai Pasifik juga diramal mengalami salji tebal terutamanya membabitkan kawasan pergunungan.
Orang ramai diminta terus berjaga-jaga berhubung situasi lalu lintas, ribut salji dan ombak tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022

Orang ramai diminta terus berjaga-jaga berhubung situasi lalu lintas, ribut salji dan ombak tinggi. - Gambar fail/REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Salji tebal diramal landa utara, timur Jepun
Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga Sabtu, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun, menurut agensi cuaca negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway Khamis lalu.

Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman dan Perancis, Menara Eiffel ditutup
Polis Jerman berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi EUR1 juta.

Belum sempat kerja dah kena pecat
JoMama berkata, dia terlewat tiba di pejabat kerana terperangkap di jalan raya yang bersalji tebal meskipun memandu kenderaan SUV.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Salji tebal dijangka landa pantai Jepun
Salji tebal dijangka melanda pelbagai wilayah di Jepun, terutamanya di sepanjang pantai Laut Jepun iaitu Hokkaido ke wilayah Chugoku barat hingga Ahad.

Salji tebal punca kemalangan, penerbangan dibatalkan di Korea Selatan
Beberapa kejadian kemalangan jalan raya dan penerbangan dibatalkan akibat salji tebal melanda wilayah selatan Korea Selatan pada Ahad.

Agensi cuaca Korea Selatan keluar amaran salji tebal pada Sabtu
Agensi cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran salji tebal di kawasan barat negara itu termasuk Incheon dan Daejeon pada Sabtu.

Kebakaran hutan: Salji tebal burukkan keadaan di Colorado
Lebih 500 rumah dikhuatiri musnah dan kini pemilik rumah berdepan tugas sukar untuk membina semula kediaman mereka.

Gangguan elektrik, lalu lintas apabila sebahagian besar Serbia dilitupi salji tebal
Di ibu negara, ramai terpaksa diselamatkan selepas terperangkap dalam kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok yang tumbang.