JERICHO: Pihak berkuasa Palestin pada Khamis mendedahkan buat pertama kalinya salah satu lantai mozek yang terbesar di dunia di bandar Tebing Barat, Jericho selepas bertahun-tahun kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.
Lantai mozek itu kelihatan mirip seperti sebuah permaidani dan terbentang seluas 836 meter persegi di Istana Hisham yang terletak di sebuah gurun di bandar tersebut.
Istana itu ialah peninggalan empayar Umaiyyah yang mula memerintah dari abad kelapan Masihi dan kemudian menjadi pemerintah Sepanyol.
Mozek itu disusun rapi dan terdapat imej seekor singa sedang menyerang seekor rusa bagi menggambarkan satu peperangan dan dua ekor haiwan antelop yang memberikan gambaran tentang keamanan.
Terdapat imej bunga-bungaan dan reka bentuk geometrik pada lantai mozek itu.
Istana Hisham sebelum ini tidak dipulihara selama berabad-abad lamanya sehingga ia ditemui pada abad ke-19 Masihi dan lantai mozek itu pula ditemui setelah ia terselindung di sebalik debu-debu.
Bagaimanapun, ia masih diabaikan oleh semua pihak sehinggalah lima tahun lalu apabila tapak istana tersebut ditutup kepada pelawat dan usaha-usaha pemuliharaan dilakukan menggunakan dana sumbangan Jepun sebanyak AS$12 juta (RM49.69 juta).
"Mozek ini mengandungi lebih lima juta keping dari Palestin yang mempunyai warna semula jadi," kata Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin, Saleh Tawafsha kepada AFP.
Beliau berharap lantai itu akan menarik kehadiran pelancong datang ke Jericho yang terletak dalam jajahan Israel.
Istana Hisham itu terletak dekat Laut Mati dan ia meliputi kawasan seluas 60 hektar.
Empayar Umaiyyah memerintah dari tahun 660 hingga 750 Masihi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 29 2021
Gambar yang dirakamkan pada Khamis menunjukkan salah satu lantai mozek terbesar di dunia yang terdapat di Istana Hisham, Jericho, Tebing Barat, Palestin. - Foto AFP
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Tiga pekerja bank cedera, polis bantuan terlepas tembakan
Tiga pekerja bank termasuk seorang pengawal keselamatan cedera ringan selepas seorang polis bantuan terlepas tembakan di lobi premis berkenaan di sini hari ini.
Petani Gaza jumpa lantai mozek dari era Byzantine
Lantai mozek itu menunjukkan variasi motif burung dan haiwan lain dalam pelbagai warna yang masih dalam keadaan baik.
Salah satu lantai mozek terbesar dunia ada di Palestin
Pihak berkuasa Palestin pada Khamis mendedahkan buat pertama kalinya salah satu lantai mozek yang terbesar di dunia.