JASIN: Tiga pekerja bank termasuk seorang pengawal keselamatan cedera ringan selepas seorang polis bantuan terlepas tembakan di lobi premis berkenaan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian pada 12.55 tengah hari itu, polis bantuan berusia 59 tahun yang bekerja di sebuah syarikat multinasional, terlepas tembakan daripada senapang jenis 'Winchester' dipercayai atas kecuaian sendiri.
Beliau berkata berdasarkan maklumat, polis bantuan yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang berkenaan datang ke bank tersebut untuk mengiringi pekerja syarikatnya menguruskan gaji pekerja.
"Sebelum kejadian, tali senapang suspek tergantung pada bahunya, manakala muncung senjata api itu menghala ke arah lantai.
"Namun, ketika sedang membetulkan kedudukan senjata api itu jarinya tertarik picu senapang sebelum terlepas tembakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Jamil berkata peluru yang terkena lantai menyebabkan lantai mozek tersebut pecah dan serpihannya mengenai pengawal keselamatan serta dua pekerja wanita bank itu.
"Pengawal keselamatan berusia 25 tahun itu mengalami luka kecil pada telinga sebelah kanan, manakala dua pekerja wanita masing-masing berusia 46 dan 28 tahun luka kecil di paha dan betis kaki kiri," katanya.
Menurutnya polis bantuan tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960, manakala senapang dan satu kelongsong peluru dirampas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Ahmad Jamil berkata peluru yang terkena lantai menyebabkan lantai mozek tersebut pecah dan serpihannya mengenai pengawal keselamatan serta dua pekerja wanita bank itu. - Gambar fail/PDRM
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat
Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.

Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.

Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.

Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.

Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan dibebaskan
Dua pengawal keselamatan yang ditahan sebelum ini bagi siasatan lanjut berkaitan kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dekat Ampang Point dibebaskan pada Sabtu.

Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya kira-kira jam 10 malam.