Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan kejadian yang mengorbankan 20 nyawa di Anyer, Banten, di Indonesia ialah tsunami.
Beliau memohon maaf menerusi Tweet-nya pada sebelum ini yang mengatakan ia satu kejadian gelombang air pasang.
"Data dan analisis terbaru membuktikan berlaku tsunami di Selat Sunda.
"Kita menunggu makluman terbaru daripada pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia untuk perkembangan lanjut," katanya menerusi tweet pada Ahad.
Beliau pada masa sama mengesahkan kejadian tsunami melanda pantai di Selat Sunda pada Sabtu sekitar jam 9:27 malam waktu tempatan atau 10:27 malam waktu Malaysia.
"Kemungkinan ada gelongsor plat bawah laut akibat ledakan gunung berapi Anak Krakatau dan ia bergabung dengan gelombang air pasang besar," jelasnya lagi.
BACA: Tsunami melanda Pantai Barat Anyer, Indonesia, sekurang-kurangnya 20 terkorban
Beliau menerusi Twitter turut menerangkan kenapa pada awalnya sukar untuk ditentukan kejadian yang berlaku adalah fenomena tsunami.
Sutopo menyifatkan fenomena sebegitu jarang-jarang berlaku kerana letupan gunung berapi yang terjadi tidak besar dan tiada gempa bumi yang boleh menjadi punca tsunami.
Hilal Azmi
Sun Dec 23 2018
Mengesahkan ia kejadian tsunami, Sutopo berkata kemungkinan terjadi gelongsor plat bawah laut akibat ledakan gunung berapi Anak Krakatau yang bergabung dengan gelombang air pasang besar. Foto Twitter Sutopo Purwo Nugroho
Hakim tetapkan tarikh hukuman Trump pada 10 Januari depan
Mahkamah menetapkan Jumaat depan sebagai tarikh hukuman melibatkan Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump membabitkan bayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah.
Letupan luar hotel: Suspek kemungkinan alami gangguan tekanan - FBI
Penyiasat telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis cari tayar punca kemalangan ragut 7 nyawa
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata tayar lori tersebut tidak ditemui semasa siasatan di lokasi kejadian.
AS rancang urusniaga penjualan senjata kepada Israel
Amerika Syarikat bercadang melaksanakan urusniaga penjualan senjata bernilai lapan bilion dolar kepada Israel dan perkara itu sudah dimakumkan kepada kongres.
Israel lancarkan operasi dakwa fasiliti pengeluaran senjata
Tentera Israel mendedahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan operasi khas menyasarkan sebuah tapak pengeluaran peluru berpandu bawah tanah berhampiran Masyaf, Syria.
Indonesia pertimbang pengampunan kepada ahli Jemaah Islamiyah
Pemerintah Indonesia sedang mempertimbangkan untuk memberikan pengampunan kepada anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) selepas ribuan pengikutnya secara terbuka meninggalkan fahaman radikal dan mengumumkan pembubaran kumpulan itu.
Pemandu nyaris maut teksi terbakar
Kebakaran membabitkan kereta jenis Proton Persona yang musnah 100 peratus.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Bangkai penyu agar berat 60kg ditemui
Satu bangkai penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan terdampar di pantai Seberang Takir, di Kuala Nerus.
Lelaki direman kes rasuah Puspakom
Seorang lelaki disyaki terlibat rasuah di Puspakom direman bagi siasatan SPRM. Usaha ini mencerminkan komitmen integriti dalam pemeriksaan kenderaan.
Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.
Gunung Berapi Anak Krakatau kembali meletus
Letusan itu berlaku pada jam 9.58 malam, yang mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.
Indonesia dilanda lebih 11,500 gempa bumi pada 2018
Menurut agensi meteorologi negara Indonesia, negara itu dilanda lebih 11,500 gempa bumi pada tahun 2018.
Bentuk Anak Krakatau sudah berubah, jadi teluk kecil
Kesan amukan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda pada 22 Disember lalu ternyata memberikan perubahan kepada bentuk gunung itu.
Tsunami Selat Sunda: Haiwan terancam turut diselamatkan
Laporan BBC menyatakan penyu yang diselamatkan adalah daripada spesis penyu sisik (eretmochelys imbricata) yang termasuk dalam kategori haiwan terancam.
'Biar aku bisa menuntut hak berpasangan denganmu di akhirat' - Rintih vokalis Seventeen
Rintihan vokalis Seventeen, Riefian Fajarsyah di Instagram miliknya terus menyentuh hati pengikutnya.
Sah! Ia tsunami di Selat Sunda - Sutopo Purwo Nugroho
Beliau memohon maaf menerusi tweetnya pada sebelum ini yang mengatakan ia kejadian gelombang air pasang.