BANGKOK: Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M) menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak balas terhadap krisis yang semakin meningkat di Myanmar.
SAC-M, kumpulan bebas pakar antarabangsa yang bekerja untuk menyokong rakyat Myanmar dalam perjuangan mereka untuk hak asasi manusia, keamanan, demokrasi, keadilan dan akauntabiliti, berkata Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN yang dicapai antara pemimpin ASEAN dan Tentera Myanmar dilihat gagal, tanpa sebarang kemajuan memberangsangkan dicapai ke arah pelaksanaannya sejak 12 bulan yang lepas
Ahli SAC-M, Chris Sidoti, berkata Majlis Keselamatan PBB menyokong ASEAN dan konsensus berkenaan tetapi usaha itu tidak berjaya.
"Kini tiada pilihan lain selain Majlis Keselamatan PBB sendiri memimpin dan mengambil tanggungjawab untuk bertindak ke atas Myanmar. Majlis Keselamatan PBB tidak boleh terus mengabaikan laungan rakyat Myanmar kepada tindakan antarabangsa bagi menamatkan keganasan tentera," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, SAC-M menggesa ASEAN untuk kekal menolak junta tentera daripada menyertai mesyuarat ASEAN akibat kegagalan 5PC.
SAC-M juga menyeru ASEAN untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) Myanmar untuk membangunkan pelan hala tuju baharu ke arah menyelesaikan krisis, bermula dengan pemberian segera bantuan kemanusiaan rentas sempadan.
Setahun selepas menerima pakai 5PC, ASEAN gagal memenuhi ikrarnya untuk mengambil langkah bermakna ke arah menekan junta untuk menamatkan pencabulan hak asasi manusia.
Pada 24 April tahun lalu, 5PC telah dicapai di Jakarta, dua bulan selepas tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa dan serangan berterusan ke atas penduduk Myanmar yang mengadakan bantahan.
5PC yang dipersetujui Panglima Tentera Min Aung Hlaing, adalah untuk menghentikan serta-merta keganasan; dialog yang membina antara semua pihak yang berkenaan; pelantikan duta khas Pengerusi ASEAN untuk memudahkan pengantaraan dialog; pemberian bantuan kemanusiaan melalui Pusat AHA, dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu semua pihak.
Sehingga 11 April, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) Myanmar berkata seramai 566,100 orang hilang tempat tinggal akibat pertempuran dan keadaan tidak aman sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Ia juga menyatakan kira-kira 346,000 orang telah dipindahkan terutamanya di Rakhine, Kachin, Chin dan Shan akibat konflik.
Menurut organisasi hak asasi manusia Pertubuhan Bantuan untuk Tahanan Politik, sekurang-kurangnya 1,780 orang awam terbunuh manakala lebih 10,000 orang ditangkap dan hampir 1,000 dipenjarakan sejak rampasan kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
SAC-M menggesa ASEAN untuk kekal menolak junta tentera daripada menyertai mesyuarat ASEAN akibat kegagalan 5PC. - Gambar fail/REUTERS
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Komuniti antarabangsa mesti bertindak segera lindungi penduduk Myanmar - SAC-M
SAC-M turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini untuk mempertimbang tindakan di bawah Chapter VII.
SAC-M gesa Majlis Keselamatan PBB ambil tindakan terhadap Myanmar
Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M) menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak balas terhadap krisis yang semakin meningkat di Myanmar.