KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mangsa yang terkorban dalam kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur bukan berpunca daripada pergaduhan antara penyokong.
Sebaliknya, Setiausaha Agungnya, Yunus Nusi berkata mangsa yang terkorban dipercayai akibat sesak nafas, terhimpit serta dipijak ketika para penyokong cuba untuk keluar daripada stadium berkenaan.
Begitupun, beliau berkata laporan punca kejadian akan dimaklumkan oleh pasukan penyiasat PSSI selewat-lewatnya malam ini.
"Sepertimana anda semua ketahui, ini bukan sebuah pergaduhan antara para penyokong. Korban lebih kepada terhimpit di bahagian pintu. Selain itu, puluhan ribu tidak tahu sehingga menyebabkan ada yang terjatuh serta terpijak.
"Sekali lagi ditekankan, kejadian di Kanjuruhan bukan pergaduhan antara penyokong, bukan pertentangan antara masyarakat dan penyokong tetapi ribuan penonton mahu keluar (dari stadium)," katanya dalam sidang media yang disiar secara langsung di Kompas TV hari ini.
Tegasnya lagi, kejadian berlaku begitu pantas dan pihak polis telah melakukan tindakan yang sewajarnya bagi meredakan keadaan.
Mengulas lanjut, Yunus berkata PSSI telah menyerahkan laporan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden berkenaan.
"Kita berharap ia akan menjadi rujukan pihak FIFA, dan FIFA tidak mengambil tindakan yang bakal menjejaskan Indonesia (sebagai bakal tuan rumah Piala Dunia bawah 20 tahun)," katanya.
Dalam kejadian pada Sabtu malam, hampir 200 orang dilapor terbunuh termasuk dua anggota polis.
Insiden disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.
DIfahamkan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.
Susulan kejadian tersebut, Liga Indonesia digantung selama seminggu.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 02 2022
Dalam kejadian pada Sabtu malam, hampir 200 orang dilapor terbunuh termasuk dua anggota polis - Foto/Agensi
Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar
Beliau berkata, ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama.
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.
Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Kematian bukan kerana pergaduhan antara penyokong
Beliau berkata laporan punca kejadian akan dimaklumkan oleh pasukan penyiasat PSSI selewat-lewatnya malam ini.