Seorang wartawan CNN dan jurukamera ditahan polis ketika sedang bersiaran secara langsung berhampiran lokasi rusuhan di Minneapolis, Minnesota, pada pagi Jumaat.
Mereka dibebaskan selepas lebih satu jam dalam tahanan, selepas perbincangan antara Presiden CNN Worldwide, Jeff Zucker, dengan Gabenor Minnesota, Tim Walz.
Menurut laporan, penahanan kedua-dua mereka dilakukan oleh pegawai polis peronda Minnesota, namun sebab mereka ditahan tidak diperincikan.
"Ketika itu kami sedang bersiaran dan kami mula bergerak kerana tidak mahu mengganggu tugas pihak berkuasa yang melakukan kawalan.
"Tetapi ada perusuh yang lari di hadapan kami dan ditahan, jadi kami juga turut ditahan.
"Keadaan terkawal, pihak berkuasa melayan kami dengan baik dan mereka tidak guna kekerasan," kata wartawan terbabit, Omar Jiminez.
Jurucakap Polis Minnesota dalam satu kenyataan berkata penahanan itu dibuat susulan tindakan pihak berkuasa menyuraikan perusuh.
"Anggota kami mengambil tindakan untuk menyuraikan perusuh di kawasan berkenaan dan menahan empat individu termasuk tiga petugas CNN.
"Mereka dibebaskan setelah disahkan sebagai anggota media."
Beberapa organisasi media lain mengecam penahanan itu, yang menyifatkan dua kru terbabit hanya menjalankan tugasan mereka dengan baik dalam situasi mencabar.
"Orang ramai memerlukan wartawan untuk memberi maklumat," kata satu kenyataan dari MSNBC.
Hari ini masuk hari ketiga bandar Minneapolis bergolak dengan penunjuk perasaan yang merusuh membantah kematian seorang peguam, George Floyd.
Rakaman video menunjukkan anggota polis bertindak secara agresif ketika menahan Floyd.
George dilihat merayu kepada pihak polis yang bertindak melutut atas lehernya sehingga dia tidak boleh bernafas.
Insiden berkenaan mencetuskan sekali lagi kemarahan orang ramai berhubung keganasan polis terhadap komuniti kulit hitam di Amerika Syarikat.
Agensi
Fri May 29 2020
![Rusuhan Minneapolis: Wartawan, jurukamera CNN ditahan ketika siaran langsung Rusuhan Minneapolis: Wartawan, jurukamera CNN ditahan ketika siaran langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590764980_wartawan.jpg)
Jiminez ditahan ketika sedang membuat lintas langsung. -Twitter/Omar Jiminez
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696821819_AnwarIbrahim.jpg)
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
![Hakim tolak saman fitnah AS$475 juta Trump terhadap CNN Hakim tolak saman fitnah AS$475 juta Trump terhadap CNN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683634868_DonaldTrump.jpg)
Hakim tolak saman fitnah AS$475 juta Trump terhadap CNN
Hakim persekutuan menolak saman fitnah US$475 juta oleh bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap CNN.
![Ipoh disenarai antara destinasi paling 'underrated' di Asia Ipoh disenarai antara destinasi paling 'underrated' di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654362106_MajlisBandarayaIpoh.jpg)
Ipoh disenarai antara destinasi paling 'underrated' di Asia
Ipoh menjadi perhatian kerana kaya dengan keindahan bukit batu kapur, lokasi rumah ibadat unik dan juga hidangan 'white coffee'.
![Bernard Shaw, ketua penyampai pertama CNN meninggal dunia Bernard Shaw, ketua penyampai pertama CNN meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662648770_BernardShaw.jpg)
Bernard Shaw, ketua penyampai pertama CNN meninggal dunia
Veteran penyiaran itu meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat pneumonia.
![CNN pilih Pulau Pinang antara destinasi terbaik melancong CNN pilih Pulau Pinang antara destinasi terbaik melancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633499391_Beca.jpg)
CNN pilih Pulau Pinang antara destinasi terbaik melancong
Pulau Pinang adalah satu-satunya wakil dari negara ASEAN yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
![CNN pecat Chris Cuomo, dakwa bantu abang dalam kes gangguan seksual CNN pecat Chris Cuomo, dakwa bantu abang dalam kes gangguan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638678339_TBChrisCuomo.jpg)
CNN pecat Chris Cuomo, dakwa bantu abang dalam kes gangguan seksual
Michael Smerconish, pembaca berita yang sebelum ini menggantikan Cuomo, akan menjadi pembaca untuk program itu selepas ini.
![CNN pecat 3 pekerja hadir ke pejabat tanpa divaksin CNN pecat 3 pekerja hadir ke pejabat tanpa divaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628246519_TBCNNOFFICE.jpg)
CNN pecat 3 pekerja hadir ke pejabat tanpa divaksin
CNN memecat tiga pekerjanya kerana hadir ke pejabat tanpa divaksinasi COVID-19 dan menangguhkan kehadiran petugas ke pejabat sehingga pertengahan Oktober, lapor Sputnik.
![CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626713195_CNN.jpg)
CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
CNN plus akan bekerja seiring dengan rangkaian televisyen CNN yang sedia ada dan akan menyiarkan siaran langsung lapan hingga 12 jam sehari.
![Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615552198_TBPHONOODLEx.jpg)
Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia
Saluran berita CNN telah menamakan Mi Pho Bo di kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia.
![Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603804312_asamlaksapenang.jpg)
Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia
CNN menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".