Rusia mengambil keputusan mengusir 23 diplomat British pada Sabtu selepas Britain menuduh Kremlin bertanggungjawab di sebalik insiden serangan menggunakan agen saraf ke atas bekas perisik negara itu.
Dalam perkembangan yang mengeruhkan lagi krisis yang semakin ‘toksik’ itu, Rusia juga akan menghentikan aktiviti British Council, yang sepatutnya berfungsi untuk memupuk hubungan budaya antara kedua-dua negara tersebut.
Rusia juga menarik diri daripada perjanjian dengan Britain untuk memulakan operasi konsulat jeneral St. Petersburg.
Kementerian Luar Rusia berkata, 23 diplomat British itu diberi tempoh masa sehingga seminggu untuk meninggalkan Rusia.
Tindakan itu menyusul selepas keputusan Britain pada Khamis untuk mengusir 23 diplomat Rusia berikutan kes serangan di Salisbury. Dalam kes itu, bekas perisik Rusia Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya, Yulia Skripal, 33, sakit tenat di hospital.
Rusia menyatakan bahawa tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ‘provokasi dan tuduhan tidak berasas oleh Britain’. Rusia juga telah memberi amaran kepada London bahawa sebarang tindakan yang tidak menunjukkan ‘kemesraan’ diplomasi akan menerima balasan.
Hubungan antara London dan Moscow kini berada dalam pasca perang dingin berikutan insiden itu, yang merupakan penggunaan agen saraf kali pertama di Eropah selepas PErang Dunia Kedua.
Agensi
Sat Mar 17 2018
Anggota polis Rusia dilihat berkawal di hadapan pejabat Kedutaan British di Moscow, pada 17 Mac 2018. - Reuters
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.
Alexei Navalny dibenar keluar hospital selepas lebih sebulan diracun agen saraf
Menurut hospital, pesakit dibenarkan keluar dari wad bedasarkan perkembangan dan keadaan semasa pesakit.
Pemimpin pembangkang Rusia semakin pulih selepas diracun
Navalny yang merupakan seteru Presiden Rusia, Vladimir Putin, jatuh sakit dalam penerbangan domestik 20 Ogos lalu dan dipindahkan ke Jerman untuk rawatan.
Ibu pejabat Facebook dikosongkan gara-gara sarin
Empat bangunan di ibu pejabat Facebook Inc terpaksa dikosongkan selepas bungkusan yang diterima syarikat itu didapati positif sarin.
Doan dipenjara tiga tahun empat bulan, cederakan Kim Chol
Bernasib baik kerana pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif yang hanya membawa hukuman penjara 10 tahun berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Serangan agen saraf: Britain perlu tampil dengan bukti - Rusia
Kementerian Luar Rusia berkata London seharusnya mempercepatkan proses siasatan dan mendedahkan kepada umum berhubung hasil siasatan tersebut.
Isu Novichok: Rusia tuntut jawapan kepada 14 persoalan daripada Britain
Rusia menggesa Britain untuk menjawab kesemua 14 soalan yang dihantar melalui kedutaannya di London.
Rusia usir 60 diplomat AS rentetan insiden bekas perisik diracun
Duta AS juga diarahkan untuk menutup konsulat di St Petersburg, dalam satu tindak balas yang disifatkan sebagai pengusiran diplomat asing terbesar sejak Perang Dingin.
'Perang Dingin' mungkin berlaku jika sentimen anti-Rusia berterusan
Barat perlu sedar bahawa kempen anti-Rusia tidak membawa sebarang manfaat pada masa hadapan jika ia terus menentang Moscow.
Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Kedutaan Rusia di Canberra menuding jari terhadap Australia yang mengikuti United Kingdom (UK) secara membabi buta untuk mengusir dua diplomat Rusia, hari ini.