KHARTOUM: Pertempuran bersenjata masih berlaku di ibu negara Sudan Khartoum pada Isnin dengan rundingan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) belum mencapai kemajuan besar setakat ini.
Keadaan di Sudan stabil di semua negeri kecuali ibu negara Khartoum, menurut Komander SAF Abdel Fattah Al-Burhan kepada Al Qahera News Mesir dalam temu bual telefon pada Isnin.
"Kami boleh membincangkan penyelesaian selepas mencapai gencatan senjata kekal di Khartoum," menurut Burhan yang turut memberi amaran bahawa perang boleh merebak ke seluruh Sudan jika perpecahan berlaku di Khartoum.
"Pasukan kami bertempur dengan sekumpulan militia pemberontak di Bahri (Khartoum Utara) dan memusnahkan empat kenderaan bersenjata manakala musuh melarikan diri," kata SAF dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tembakan masih kedengaran di Khartoum pada awal pagi. Jet pejuang tentera bersenjata terbang di kawasan bandar dan RSF melepaskan senjata anti-pesawat sebagai tindak balas, menurut wartawan Xinhua di Khartoum.
SAF menuduh pejuang RSF merompak bank dan kedai serta menyerbu rumah rakyat dan menyamun harta benda mereka di kawasan perumahan tempat pejuang RSF ditempatkan.
SAF menasihati penduduk supaya menjauhi kawasan berlaku pertempuran selain mengelak daripada mendekati sebarang objek logam yang tidak diketahui sehingga kru teknikal tiba.
Sementara itu, seorang diplomat Arab Saudi yang enggan dikenali memberitahu media pada Isnin bahawa walaupun dialog antara dua pihak yang bertelagah di Jeddah memasuki hari ketiga, tiada kemajuan ketara dicapai dan topik gencatan senjata tidak dibincangkan.
Sejak konflik bermula, kawasan yang dilanda perang di Khartoum terputus bekalan elektrik, bekalan air dan komunikasi. Orang ramai kini menghadapi kekurangan keperluan asas dan perkhidmatan perubatan.
Sudan menyaksikan pertempuran bersenjata antara SAF dan RSF di ibu kota Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, dengan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain memulakan konflik.
Menurut PBB, beribu-ribu rakyat Sudan telah dipindahkan atau terpaksa mencari perlindungan di kawasan selamat di Sudan atau negara jiran.
Menurut angka kematian terkini yang disediakan oleh kementerian kesihatan Sudan pada awal Mei, konflik berdarah itu mengorbankan 550 orang dan mencederakan lebih 4,926.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Menurut angka kematian terkini yang disediakan oleh kementerian kesihatan Sudan pada awal Mei, konflik berdarah itu mengorbankan 550 orang dan mencederakan lebih 4,926. - Gambar fail/Reuters/Abdullah Abdel Moneim
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).