Ribut salji paling teruk melanda timur laut Amerika Syarikat pada Isnin telah menjejaskan puluhan juta rakyatnya sehingga menyebabkan pembatalan sebuah persembahan Broadway di New York.

Ribut salji Juno dilaporkan paling teruk dalam sejarah dan dijangka mengakibatkan salji setinggi satu meter di bahagian timur laut negara itu.

Menurut laporan AFP, kawasan yang akan paling teruk terjejas adalah New England, Connecticut dan Massachusetts.

Lebih daripada 6,560 penerbangan pada Isnin dan Selasa telah dibatalkan, perkhidmatan transit New York telah ditutup pada jam 11 malam dan perjalanan darat dilarang di 13 mukim di sekitar New York.



“Ia mungkin perkara antara hidup dan mati dan ini bukan drama, jadi semua diharap berwaspada” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo.

Pengisytiharan darurat telah buat di New York dan New Jersey dan lrangan perjalanan telah diumumkan di Connecticut.

Serangan ribut salji Juno itu juga telah menyebabkan persembahan di dewan teater terkenal Broadway dan pentas seni termasuk di Carnegie Hall dan Metropolitan Opera ditangguhkan.

Kejohanan bola keranjang NBA juga telah ditunda.