Ribut musim sejuk melanda wilayah tengah dan selatan Amerika Syarikat sebelum menuju ke wilayah timur laut negara itu.

Sekurang-kurangnya enam maut selain memusnahkan ribuan kediaman penduduk.

Dua penumpang sebuah kereta yang bertembung di lebuh raya di Arkansas merupakan antara yang terbunuh.

Dua lagi maut dalam nahas di lebuh raya Oklahoma yang dilanda ribut berkenaan.

Dua kematian kerana ditimpa dahan pokok dilaporkan berlaku di Texas dan Lousiana.

Ribut melanda ketika penduduk sedang bercuti sempena sambutan Hari Natal dan kesan kemusnahan dapat dilihat di semua kawasan terjejas.