Penganjur perarakan di London berkata dianggarkan “berpuluh ribu” penunjuk perasaan berarak menuju ke pejabat perdana menteri David Cameron, dengan berteriak “Israel adalah negara pengganas”.
Perarakan yang berlangsung aman itu dianggarkan sejauh 4.8 kilometer.
Turut serta dalam perarakan itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
Foto dari Facebook Khairy Jamaluddin
Keadaan aman di London, tetapi di Paris, satu pertempuran tercetus apabila ratusan penunjuk perasaan dihalang daripada mengadakan tunjuk perasaan oleh polis.
Kecewa dengan halangan itu, mereka membaling batu dan botol ke arah anggota polis yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata.
Menurut pihak polis, 33 orang ditahan dalam insiden yang berlangsung di Montmartre ke utara Paris.
Tunjuk perasaan bagaimanapun berlangsung aman di beberapa bandaraya lain eropah termasuk Lyon, Marseille, Strasbourg dan Brussels.
Masuk hari ke-13, lebih 350 penduduk Palestin telah terbunuh selepas Israel melancarkan serangan udara dan darat.