ANKARA: Beberapa negara Asia telah memindahkan beribu-ribu rakyat mereka dari Sudan sepanjang gencatan senjata antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) selama 72 jam.
Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada tengah malam Selasa waktu tempatan, adalah usaha terbaru untuk menghentikan pertempuran yang meletus pada 15 April.
Pakistan telah memindahkan 700 daripada kira-kira 1,500 rakyatnya yang terkandas di Sudan.
"Alhamdulillah, satu lagi konvoi 200 warga Pakistan selamat tiba di Port Sudan," lapor Anadolu memetik ciapan Kementerian Luar Pakistan di twitter pada Rabu, sambil menambah bahawa kedutaan itu akan terus memudahkan penginapan mereka dan mengatur kepulangan mereka ke tanah air.
Pada Selasa, Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari menyatakan bahawa kementeriannya telah memindahkan 700 orang dan akan terus mengetuai usaha membantu dan penyelamatan warga Pakistan di Sudan.
Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata kesemua 30 rakyatnya selamat tiba di Jeddah, bandar pelabuhan Arab Saudi.
"Kesemua 30 rakyat Malaysia dan 22 lagi warga asing yang dalam perjalanan dari Khartoum dengan konvoi Malaysia telah dipindahkan ke Jeddah dari Port Sudan menaiki kapal Tentera Laut KSA H.M.S Abha," kata kementerian itu sambil menambah bahawa semua rakyat Malaysia itu berada dalam keadaan sihat.
Duta Besar Malaysia ke Sudan Mohamad Razdan Jamil juga selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah pada Rabu malam, katanya.
Sementara itu, Indonesia berkata ratusan warganya di Sudan sudah dipindahkan dengan lebih 667 daripada mereka tiba di Jeddah, menurut laporan itu.
"557 warga Indonesia yang dipindahkan dalam fasa I telah tiba di Jeddah. 328 warga Indonesia dalam pemindahan fasa II telah tiba di bandar Port Sudan. Jumlah keseluruhan warga Indonesia yang telah dipindahkan dari Khartoum adalah seramai 897 orang," menurut Kementerian Luar Negeri di Twitter.
Kumpulan pertama 360 orang India dari Sudan yang dilanda krisis, tiba di New Delhi pada petang Rabu menerusi "Operasi Kaveri," menurut Kementerian Luar India.
Semasa gencatan senjata selama 72 jam, Filipina juga telah memindahkan 409 warganya dari Sudan ke negara jiran Mesir dengan selamat.
Terdapat kira-kira 740 warga Filipina di Sudan, majoriti daripada mereka adalah pekerja profesional, pekerja ladang atau pertanian, pelajar dan pekerja perkhidmatan isi rumah, kata Agensi Berita Filipina, memetik kenyataan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri.
Korea Selatan memindahkan 28 rakyatnya pada Selasa dan menerbangkan mereka ke Seoul dengan pesawat tentera.
"Kami berada dalam keadaan keliru dan takut," lapor Agensi Berita Yonhap memetik seorang mangsa yang dipindahkan.
"Saya berharap keamanan akan kembali dan pertempuran di Sudan dihentikan," katanya.
Menteri Luar Australia Penny Wong turut menggesa rakyatnya meninggalkan Sudan sebelum gencatan senjata tamat pada Khamis malam.
"Rakyat Australia di Sudan boleh mengakses beberapa penerbangan yang dikendalikan oleh negara rakan kongsi hari ini (27 April) dari lapangan terbang Wadi Sayyidna di utara Khartoum. Gencatan senjata 72 jam berakhir malam ini dan penerbangan selepas itu tidak dapat dijamin," kata Wong dalam ciapannya.
Beliau berkata mereka bekerjasama dengan rakan kongsi dan berjaya memindahkan 60 warga Australia.
"Rakyat Australia yang ingin berlepas perlu segera berbuat demikian. Jika mereka tidak sempat tiba di Wadi Sayyidna, ada feri yang berlepas dari Port Sudan ke Jeddah. Keadaan keselamatan masih berbahaya," kata diplomat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Warga Thai yang dibawa keluar dari Sudan tiba dengan pesawat Tentera Udara Diraja Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok, 27 April 2023. - REUTERS
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Ribuan warga Asia meninggalkan Sudan sebelum gencatan senjata berakhir Khamis malam
Gencatan senjata berkuat kuasa tengah malam Selasa adalah usaha terbaru menghentikan pertempuran yang meletus pada 15 April.