BANGKOK: Pelawat dari Malaysia ke Hatyai, bandar raya di selatan Thailand yang meriah, meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun, menyumbang lebih 2 bilion Baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir.
Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla, Hatyai (Hatyai Songkhla Hotels Association), Sitthipong Sitthiprapha berkata daya tarikan Hatyai yang tidak dapat dinafikan terletak pada gabungan pilihan makanan yang enak dan beraneka, akses yang mudah dan pilihan penginapan pada harga berpatutan yang menarik minat ramai rakyat Malaysia.
Beliau berkata Hatyai telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi kegemaran bagi penggemar pelancongan yang mencari percutian yang menarik dan mesra bajet.
Pada hari biasa sepanjang tahun, beliau berkata Hatyai pada kebiasaannya menikmati aliran stabil kira-kira 5,000 pelawat Malaysia setiap hari, meningkat dua kali ganda kepada hampir 10,000 pada hujung minggu.
"Hatyai mengalami peningkatan yang 'menggembirakan' dalam bilangan pengunjung dari Malaysia sepanjang musim cuti hujung tahun.
"Pada hujung minggu musim puncak (Krismas dan Tahun Baru), Hatyai menerima purata 20,000 rakyat Malaysia setiap hari, manakala pada hari biasa terdapat kira-kira 10,000 pelawat.
"Semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru, perbelanjaan purata pelancong Malaysia bagi setiap perjalanan mencecah 10,000 baht bagi setiap orang.
"Oleh itu pelancong Malaysia dianggarkan menyumbang kira-kira 2 bilion baht kepada ekonomi Hat Yai semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru ini," katanya kepada Bernama.
Sitthipong juga menyatakan hotel Hatyai telah menyaksikan lonjakan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan penginapan di pusat bandar, kawasan popular untuk pelancong Malaysia, ditempah sepenuhnya semasa kemuncak minggu percutian.
Beliau berkata Hatyai kini mempunyai kira-kira 20,000 bilik, termasuk 8,000 hingga 12,000 yang tertumpu di pusat bandar.
Kementerian Pelancongan dan Sukan berkata Thailand menyambut 27.25 juta pelancong dengan pelancong Malaysia mendahului senarai dengan 4.43 juta, diikuti oleh China (3.41 juta) dan Korea Selatan (1.6 juta), India (1.58 juta) dan Rusia (1.42 juta), setakat 24 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Sitthipong Sitthiprapha berkata Hatyai telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi kegemaran bagi penggemar pelancongan yang mencari percutian yang menarik dan mesra bajet. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Ribuan rakyat Malaysia ke Hatyai sempena musim cuti, sumbang 2 bilion baht kepada ekonomi tempatan
Pelawat dari Malaysia ke Hatyai, bandar raya di selatan Thailand yang meriah, meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun.