HOUSTON: Beribu-ribu bangkai ikan Menhaden ditemukan terdampar di sepanjang Pantai Teluk di selatan negeri Texas, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Bangkai ikan itu ditemukan terapung di hujung Bryan Beach, berhampiran muara Sungai Brazos, kira-kira 9.7 kilometer (km) dari Taman Daerah Pantai Quintana.

Pegawai Taman Daerah Pantai Quintana berkata perairan cetek dan kekurangan cahaya matahari mewujudkan "ribut sempurna" yang mengurangkan tahap oksigen di pantai.

Walaupun usaha pembersihan dilakukan secara berterusan, beribu-ribu lagi ikan dijangka hanyut ke darat, lapor media tempatan.

-- BERNAMA