BOSTON: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menyaman sebuah restoran makanan Itali di Boston kerana hirisan daging khinzir atau prosciutto menyebabkan pergelangan kaki kirinya retak.
Menurut tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Suffolk pada Jumaat lalu, Alice Cohen tergelincir selepas terpijak prosciutto yang jatuh di lantai ketika dia dan suami sedang menuju ke kawasan di mana sampel makanan diedarkan kepada pelanggan.
Insiden itu berlaku di Restoran Eataly, Boston pada 7 Oktober tahun lalu.
"Alice Cohen mengalami kecederaan seluruh badan, hilang keseronokan dalam hidup, kesakitan dan penderitaan serta terpaksa menanggung kos untuk perubatan dan rawatan.
"Kos perubatan termasuk temu janji hospital dan terapi fizikal telah menyebabkan wanita itu kerugian lebih AS$7,500 (RM34,901)," menurut tuntutan itu.
Susulan itu, Alice dan suaminya, Ronald dari Gilford, New Hampshire menuntut perbicaraan juri dan pampasan berjumlah sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM232,674).
Tuntutan itu itu mendakwa bahawa Eataly cuai kerana tidak membersihkan lantai dengan sempurna.
Prosciutto ialah sejenis ham yang dihiris nipis, diawet dan berasal dari Itali. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
Alice Cohen bertindak menyaman Restoran Eataly di Boston kerana cuai sehingga menyebabkan pergelangan kaki kirinya retak selepas tergelincir akibat terpijak hirisan prosciutto yang jatuh di lantai. - Foto agensi
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Retak buku lali terpijak daging prosciutto
Alice Cohen tergelincir selepas terpijak prosciutto yang jatuh di lantai.