Ringkasan AI
- Lelaki Rusia, Artem Bugorskiy, ditahan selepas didakwa mencampak anak lelakinya, Lucas Bugorskiy, ke dalam laut dari bot laju berhampiran Koh Rae di daerah Khura Buri.
- Lucas Bugorskiy, 13, mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot dan meninggal dunia di Hospital Kuraburi Chaipat.
- Polis mendakwa Artem Bugorskiy dengan tuduhan membunuh dengan niat, tetapi dia menafikan tuduhan tersebut.
Kejadian berlaku berhampiran Koh Rae di daerah Khura Buri ketika suspek Artem Bugorskiy, 45, dan mangsa Lucas Bugorskiy, 13, menaiki bot persiaran bersama beberapa pelancong dan kru bot laju.
Bot laju itu dilapor sedang membawa pelancong kembali dari Mu Ko Surin ke jeti Khura Buri, kira-kira 200 meter dari daratan sekitar jam 3 petang, memetik Bangkok Post.
Menurut kapten bot, terdapat 33 pelancong di atas kapal – 17 warga Thai dan 16 warga asing – serta lima anak kapal.
Apabila bot menghampiri Mu Ko Ra–Ko Phra Thong, Bugorskiy, 45, dilihat meninggalkan tempat duduknya, memegang dan mencampak anaknya ke laut sebelum melompat keluar dari bot.
Difahamkan, suspek telah menolak bantuan walaupun cuba diselamatkan kru dan penumpang lain.
Remaja yang berjaya diselamatkan pula mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot.
Bugorskiy ditahan oleh kakitangan bot sebelum diserahkan kepada polis.
Polis mendakwa lelaki Rusia itu dengan tuduhan membunuh dengan niat. Dia bagaimanapun menafikan tuduhan itu.
Remaja berdarah campuran Thai-Rusia yang mengalami kecederaan kritikal telah dihantar ke Hospital Kuraburi Chaipat, namun meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaannya.