BERLIN: Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.
Pergaduhan berlaku antara pemain pasukan Perancis dan Jerman selepas wisel penamat perlawanan di daerah Eckenheim pada Ahad. Seorang pemain pasukan Perancis berusia 16 tahun didakwa memukul pemain Berlin itu di kepala atau leher.
Remaja berusia 15 tahun itu rebah dan dilaporkan mengalami kecederaan otak yang serius dan mengancam nyawa.
Pelaku telah ditangkap dan direman pada Selasa. Polis sedang mencari saksi dan mereka yang mempunyai video dan gambar mengenai kejadian itu boleh menghantarnya kepada polis secara dalam talian atau memuat naik di halaman khas.
Penganjur kejohanan Piala Jerman sedang menyiasat insiden itu, menurut kenyataan di laman sesawangnya.
FC Metz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemain muda yang terlibat itu yang merupakan sebahagian daripada program prestasi kelab, menafikan telah mencederakan remaja lain dengan sengaja.
Kelab itu, serta pemain dan ibu bapa yang hadir, membantu pihak berkuasa Jerman dalam siasatan itu, kata FC Metz.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Pergaduhan berlaku antara pemain pasukan Perancis dan Jerman selepas wisel penamat perlawanan di daerah Eckenheim pada Ahad. - Gambar hiasan/ AFP Relax
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Remaja mati otak selepas bergaduh di perlawanan bola sepak
Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt.