SALT LAKE CITY: Misteri kehilangan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sejak tiga tahun lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui selamat di sebuah stesen minyak, di Summit County, Utah, Amerika Syarikat pada 9 April lalu.
Memetik laporan CNN, Connerjack Oswalt yang dikatakan hilang di utara California itu ditemui dalam keadaan menggigil, kira-kira 1,127 kilometer (km) dari tempat dia dilaporkan hilang.
Pejabat Syerif Daerah Summit dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan, melihat mangsa dalam keadaan mengigil, seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu mempelawa mangsa untuk duduk dalam keretanya untuk memanaskan badan.
"Ketika lelaki itu cuba berinteraksi dengan mangsa, dia mendapati cara remaja itu berkomunikasi sedikit berbeza," katanya dalam kenyataan yang turut memasukkan hastag #AutismAwareness #DontJudgeABookByItsCover #compassion #summitcounty baru-baru ini.
Menurut kenyataan itu, hati lelaki itu tergerak untuk memeriksa laman web Pusat Kebangsaan bagi Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) dan menjumpai poster mengenai kehilangan Oswalt, tiga tahun lalu.
Oswalt dilaporkan hilang pada September 2019 di Clearlake, California, utara Sacramento, kira-kira 12 jam melalui jalan darat dari Summit Country.
Pihak berkuasa yakin, lelaki yang ditemui di stesen minyak itu adalah remaja yang hilang tiga tahun lalu dan kemudian menghubungi ibu remaja itu untuk memaklumkan mengenai penemuan anaknya itu.
"Menerusi perbualan itu, ibu remaja itu memaklumkan anaknya itu mempunyai tanda lahir di leher dan pemeriksaan fizikal mendapati ada tanda seperti yang disebut wanita itu," katanya.
Bapa tiri dan datuk remaja itu diminta datang ke Park City, Utah untuk membuat pengesahan dan menjemput remaja berkenaan.
"Apakah itu dia (Oswalt)," tanya ibu remaja itu menerusi perbualan telefon dengan bapa tirinya.
"Ya, tapi sedikit tua," jawab bapa tirinya.
"Anak saya masih hidup, cepat bawa dia pulang," katanya sambil menangis teresak-esak.
Agensi
Sun Apr 17 2022
Connerjack Oswalt yang dikatakan hilang di utara California, ditemui semula selepas tiga tahun. - Gambar Facebook / Summit County Sheriff - Utah
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana di sini semalam.
Nelayan dikhuatiri lemas terjatuh bot
APM menerima panggilan pada 5.06 petang dari IPD Bagan Datuk berhubung laporan orang hilang di pelantar ikan Hutan Melintang.
Polis kesan lelaki hilang, temui kereta di kebun kelapa sawit
Lelaki berusia 43 tahun itu yang dikenali sebagai Edwin Soo Seng Kok juga gagal dihubungi ahli keluarga yang melaporkan kehilangannya itu.
Orang hilang: Polis minta bantuan kesan S Thilagawathy
Polis Daerah Bentong menerima laporan berkaitan kehilangan Thilagawathy daripada suaminya pada 10.18 malam, Sabtu lalu.
Orang hilang: Polis minta bantuan kesan Noraqilah
Noraqilah, 19, dipercayai kali terakhir dilihat keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
Polis mohon bantuan kesan wanita hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak keluar bekerja pada Jumaat lepas (15 Nov).
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.