Kelab bola sepak Real Madrid akan memakai lilitan lengan berwarna hitam dalam perlawanan pada Sabtu sebagai simbol berkabung berikutan insiden serangan militan Daish ke atas sebuah kafe di Iraq yang mengorbankan 16 penyokong pasukan tersebut.
“Pasukan Real Madrid ingin menunjukkan solidariti bersama rakyat Iraq, yang menderita akibat keganasan melampau,” ujar kelab itu.
Kafe tersebut dilaporkan menjadi tempat perkumpulan para peminat Real Madrid, lapor media antarabangsa.
“Kami terdiri daripada 50 orang peminat Real Madrid yang berkumpul di sebuah kafe di Balad untuk berbincang tentang perlawanan bola sepak yang bakal berlangsung.
“Tiba-tiba, enam lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam kafe itu dan mula melepaskan tembakan secara rambang. Saya terpaksa berbaring di lantai,” ujar seorang saksi, Ahmed Tha'er kepada stesen media NBC.
Serangan di bandar Balad itu berlaku pada Jumaat pagi. Kumpulan penyerang itu termasuk dua pengebom bunuh diri yang meletupkan bahan letupan selepas ketibaan polis, kata pihak berkuasa Iraq kepada The Associated Press.
Sejumlah 14 orang maut serta-merta di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia kemudiannya akibat kecederaan serius.
Pada awalnya 13 orang dilaporkan terbunuh namun kelab bola sepak itu menyatakan 16 orang mati kesemuanya.
Kumpulan militan Daish mengaku ebrtanggungjawab terhadap serangan itu beberapa jam selepas kejadian.
Insiden itu bukan kali pertama Daish menjadikan peminat bola sepak sebagai sasaran keganasan. Pada Mac lalu, pengebom bunuh diri telah menyerang stadium bola sepak di Iskandariyah, selatan Baghdad hingga membunuh sekurang-kurangnya 26 orang.
Agensi
Sat May 14 2016

Pasukan kelab Real Madrid berkabung sebagai tanda solidariti kepada keluarga mangsa yang terlibat insiden serangan itu.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Ketua Daish Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam operasi tentera AS
Ketua kumpulan militan Daish, Abu Bakr al-Baghdadi disahkan terbunuh dalam operasi kenteraan di Syria yang diketuai Amerika Syarikat pada Ahad.

Lelaki letupkan diri berhampiran lapangan terbang Bangladesh
Seorang lelaki meletupkan dirinya di hadapan sebuah pusat pemeriksaan polis berhampiran lapangan terbang antarabangsa Bangladesh.

Daish mengaku lancar serangan di kelab malam Istanbul
Polis mengedarkan foto hitam putih yang didakwa penyerang solo terbabit yang diambil daripada rakaman kamera keselamatan.

Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish
Dua daripada mereka terlibat dalam serangan keganasan di Paris pada 2015.

Kor Polis Tentera Diraja diseru tidak terlibat kumpulan pengganas Daish
KPTD dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan penipuan pengganas Daish yang menyasar angkatan tentera menyertai kumpulan militan itu.

80 peratus pengikut Daish golongan belia berumur bawah 40 tahun
Kira-kira 80 peratus pengikut kumpulan militan Daish, yang dikenal pasti di negara ini dari 2013 hingga 2015, terdiri daripada golongan berumur bawah 40 tahun.

Polis marin tingkat kawalan keselamatan di perairan negara
Pasukan Polis Marin (PPM) meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa laluan perairan negara, yang dipercayai digunakan kumpulan militan Daish untuk masuk ke negara ini.

Daish: Kawalan pertahanan dipertingkat susulan serangan tentera bersekutu
Wujud kemungkinan anggota militan Daish akan pulang ke negara asal atau mencari perlindungan di negara tertentu sekiranya serangan itu melumpuhkan mereka.

Tentera Iraq tingkatkan tekanan ke atas Daish
Tentera Iraq meningkatkan tekanan kepada saki baki anggota kumpulan Daish di Negara Teluk itu.

'Saya tidak arahkan serangan di Malaysia' - Militan Daish
Militan Daish, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi menafikan penglibatnya mengarahkan serangan terhadap pusat hiburan di Puchong.