Kumpulan militan Daish hari ini mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tembakan rambang di sebuah kelab malam di Istanbul sempena sambutan Tahun Baru yang meragut nyawa 39 orang.
Kenyataan itu dibuat melalui Telegram, saluran yang biasa digunakan kumpulan itu bagi menyatakan pengakuan.
Polis mengedarkan foto hitam putih yang didakwa penyerang solo terbabit yang diambil daripada rakaman kamera keselamatan, lapor Reuters.
Ketika kejadian, mangsa terpaksa meniarap di bawah meja dan ada yang terjun ke dalam laluan air Bosphorus untuk menyelamatkan diri selepas penyerang mula menembak secara rawak menggunakan senapang automatik ke arah pengunjung.
Warga Arab Saudi, Maghribi, Lubnan, Libya, Israel, dan India adalah antara mereka yang terbunuh, kata polis.
Turki yang terkesan oleh serangan pengganas itu berikrar akan memerangi habis-habisan kumpulan pengganas dan penyokong mereka.
Presiden Recep Tayyip Erdogan dilapor berkata Turki bersikap tegas dalam melakukan apa sahaja demi melindungi keselamatan warganegaranya dan keamanan di rantau itu.
Serangan itu berlaku tiga minggu selepas dua insiden pengeboman di Istanbul yang membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, kebanyakan daripada mereka ialah pegawai polis.
Astro Awani
Mon Jan 02 2017
Kumpulan militan Daish hari ini mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tembakan rambang di sebuah kelab malam di Istanbul sempena sambutan Tahun Baru yang meragut nyawa 39 orang. -Gambar fail/Reuters
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa mereka ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lepas, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Seorang maut, beberapa lagi tercedera dalam insiden tembakan di Belanda
Susulan kejadian itu, kesemua sekolah dan masjid telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.
Daish mengaku lancar serangan di kelab malam Istanbul
Polis mengedarkan foto hitam putih yang didakwa penyerang solo terbabit yang diambil daripada rakaman kamera keselamatan.