Seorang wanita lewat 20an di India dilaporkan 'dijual' bapa dan ibu saudaranya dengan harga Rs10,000 (RM594), sebelum dirogol beramai-ramai oleh 'penjaga' dan rakan-rakannya.
Lebih menyedihkan, rayuan wanita dari Hapur, India itu dengan meminta bantuan daripada pihak polis tidak diberi perhatian, menyebabkan dia trauma dan bertindak membakar diri sendiri.
Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu didakwa 'dijual' selepas kematian suaminya dan dijadikan pembantu rumah.
Bagaimanapun, lelaki yang 'membelinya' dilaporkan berulangkali merogolnya, membuatkan dia trauma.
Suruhanjaya Wanita India melalui presidennya, Swati Maliwal memaklumkan telah mengambil kes tersebut dan mendesak pihak berkuasa melakukan perkara yang sama.
"Mangsa mengalami trauma yang teruk dan tindakan polis yang enggan membantunya sangat memalukan," kata Swati dalam surat yang dikeluarkan, lapor Times of India.
Swati juga menggesa agar balai polis berkenaan mengambil tindakan ke atas anggota mereka yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit yang terbakar 80 peratus kini dirawat di sebuah hospital di Delhi.
Agensi
Mon May 13 2019
Wanita itu mengalami trauma selepas berulangkali dirogol, namun rayuannya meminta tolong daripada pihak berkuasa tidak diendahkan. - Gambar hiasan
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Rayuan janda muda tidak diendahkan polis, mangsa rogol akhirnya bakar diri
Wanita itu mengalami trauma selepas berulangkali dirogol, namun rayuannya meminta tolong daripada pihak berkuasa tidak diendahkan.