Ratusan ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak menyertai satu protes antikerajaan yang terbesar di Seoul pada hari Sabtu, bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye atas skandal rasuah.
Polis menganggarkan jumlah peserta pada angka 260,000, manakala penganjur berkata satu juta orang telah memenuhi jalan raya di Seoul dalam siri perhimpunan ketiga dalam tempoh beberapa minggu.
Polis menempatkan lebih kurang 25,000 anggotanya yang lengkap dengan pakaian seragam antirusuhan.
Bas dan lori polis turut menyekat kesemua jalan-jalan besar dan kecil sekitar Blue House.
Kawasan Gwanghwamun menjadi lokasi untuk perhimpunan, di mana peserta menyalakan lilin sambil melaungkan slogan menyeru Park berundur.
Sama seperti perhimpunan sebelum ini, ia menyaksikan peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pelajar, biarawati Katolik, golongan buruh, petani, pesara dan pasangan muda yang berhimpun bersama anak-anak dan bayi mereka.
“Ia merupakan ulang tahun perkahwinan kami semalam tetapi kami membatalkan segala perancangan dan datang ke Seoul kerana ini amat penting untuk anak perempuan kami,” kata Cho Joo-Pyo yang datang bersama isteri dan anak mereka yang berusia dua tahun.
Keluarga Cho datang dari Jeonju, iaitu sekitar 200 kilometer dari Seoul.
Mereka merupakan antara puluhan ribu yang lain yang datang ke Seoul menaiki kereta api atau bas dari bandar-bandar Korea Selatan yang lain untuk menghadiri perhimpunan ini.
“Park Geun-Hye harus meletak jawatan kerana tidak menjaga negara ini dengan baik,” kata Park Ye-Na yang berusia 11 tahun.
Skandal yang melingkari park itu tertumpu kepada rakan rapatnya, Choi Soon-Sil, yang kini ditahan atas dalkwaan penipuan dan salah guna kuasa.
Pihak pendakwa raya kini menyiasat Choi, 60, yang dikatakan menggunakan hubungan rapat itu untuk memeras sumbangan dari syarikat-syarikat besar seperti Samsung hinggalah kepada yayasan bukan berasaskan keuntungan, yang ditubuhkannya demi kepentingan diri sendiri.
Choi juga didakwa campur tangan dalam urusan kerajaan, walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Agensi
Sat Nov 12 2016
Penganjur berkata satu juta orang turun ke jalan raya Seoul dalam siri perhimpunan ketiga dalam tempoh beberapa minggu. -AFP PHOTO/POOL/JEON HEON-KYUN
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan sebelum undian Parlimen
Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Nidzam Jamil letak jawatan, tidak lagi kemudi Selangor FC
Tugas Ketua Jurulatih pasukan utama akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara pasukan mendapatkan jurulatih baharu.
Gagal layak ke Piala Asia B-17, Christopher Raj letak jawatan serta-merta
Christopher Raj melepaskan jawatan selepas tidak berjaya membawa skuad muda mengulangi pencapaian sebelum ini apabila layak ke saingan Piala Asia B-17 2023.
Dua pengarah eksekutif Globetronics meletak jawatan serentak hari sama
Globetronics memberitahu Bursa Malaysia, Heng yang berusia 40 tahun, meletak jawatan sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa Selasa.
Selepas CTO Mira Murati, dua lagi eksekutif kanan dilapor tinggalkan OpenAI
Ketua Pengawai Penyelidik Bob McGrew dan Timbalan Presiden Penyelidikan Barret Zoph meletakkan jawatan beberapa jam selepas Murati melakukan pengumuman di media sosial.
Jurulatih bolasepak Australia Graham Arnold letak jawatan
Graham Arnold meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan lelaki di tengah-tengah kempen kelayakan Piala Dunia.
Malaysia Aviation Group umum peletakan jawatan Wan Zulkiflee
Wan Zulkiflee telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.