SAN FRANCISCO: Beratus-ratus penerbangan dibatalkan pada pagi Jumaat membabitkan lapangan terbang utama di Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) kerana ais dan ribut salji.

Menjelang 8 pagi Jumaat waktu tempatan, Seattle, bandar terbesar di barat laut AS membatalkan 449 atau 80 peratus penerbangan keluar masuk dari bandar itu, lapor Xinhua.

Portland of Oregon telah membatalkan 202 penerbangan manakala Lapangan Terbang San Francisco (51) dan 79 penerbangan di lapangan terbang terbesar di Kawasan Teluk California telah ditangguhkan.

Beribu-ribu penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibatalkan pada Jumaat kerana cuaca buruk, termasuk ribut salji dijangka melanda dua pertiga bahagian negara itu pada hujung minggu ini hingga membantutkan perjalanan percutian.

-- BERNAMA