MADEIRA: Ratusan anggota bomba Portugal berusaha memadamkan api kebakaran yang melanda beberapa kawasan di Pulau Madeira, Portugal pada Ahad.

Namun begitu, usaha memadam api kebakaran itu dilaporkan berdepan kesukaran berikutan angin kencang.

Dalam pada itu, video yang dirakam menggunakan dron menunjukkan saiz kebakaran hutan menghampiri lokasi Serra de Agua di daerah Ribeira Brava.

Reuters mengesahkan lokasi berdasarkan bangunan, pokok, bentuk muka bumi dan susun atur jalan yang sepadan dengan imej satelit, fail dan pandangan jalan kawasan itu.

Kebakaran hutan dilaporkan yang berlaku pada Rabu lalu di Ribeira Brava merebak ke daerah jiran, Camara de Lobos yang kini terbahagi kepada tiga bahagian.

Hampir 200 anggota bomba dengan 38 kenderaan, cuba memadamkan api kebakaran manakala sebuah helikopter diarahkan ke lokasi tetapi terpaksa menghentikan operasi menjelang malam.