KUALA LUMPUR: "Apa yang dimahukan rakyat Ukraine hanyalah keamanan", inilah ungkapan pertama oleh bekas duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo dalam satu wawancara sempena setahun perang Ukraine-Rusia.
Ungkapan penuh emosi itu dikongsi Nechytaylo menerusi WhatsApp ketika ditanya mengenai perang Ukraine-Rusia yang genap setahun pada hari ini (Jumaat).
"Bukan kami yang memulakan perang ini...Ia mungkin berakhir esok jika Rusia memutuskan untuk berhenti menjadi pembuli dan berundur dari wilayah Ukraine, wilayah yang berdaulat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Sehingga itu semua berlaku, kami akan terus berjuang untuk tanah air dan kebebasan kami," katanya ketika dihubungi Bernama baru -baru ini.
Nechytaylo kini berkhidmat di Kementerian Luar Ukraine dan menyelia hubungan dua hala dengan 48 negara dan wilayah Indo-Pasifik termasuk Australia, India, China, Jepun dan negara-negara ASEAN.
Rusia menyerang Ukraine pada 24 Feb 2022. Sejak itu, Ukraine menyaksikan kemusnahan dan kehilangan nyawa. Penganalisis menganggarkan kira -kira 200,000 korban di pihak Rusia manakala kehilangan nyawa di Ukraine lima kali lebih tinggi.
Sejak kembali ke Kyiv pada Jun tahun lalu, Nechytaylo berkata beliau sedang "menyesuaikan diri" kepada situasi luar biasa yang berlaku di tanah airnya.
"Apa yang dapat saya pelajari ialah manusia mudah untuk menyesuaikan diri; sesuatu yang kelihatan sangat mengejutkan hari ini, mungkin esok ia boleh menjadi sesesuatu yang normal.
"Jadi, saya tidak lagi panik (apabila) mendengar siren udara (yang kini menjadi rutin harian di Kyiv).
"Saya biasa bekerja, bermesyuarat, membuat panggilan telefon serta melakukan kerja-kerja rumah meskipun adakalanya bekalan elektrik terputus.
"Satu lagi pengajaran penting yang saya pelajari ialah apabila kita berusaha dan berjuang bersungguh demi kebenaran, keadaan persekitaran menjadi tidak begitu penting...sebaliknya ia menjadikan kami lebih bersemangat," katanya.
Diplomat berusia 49 tahun itu yakin bahawa mengenakan sekatan adalah lebih berkesan daripada perbincangan damai semata-mata dan penting kepada masyarakat dunia untuk terus memperhebat tekanan di semua peringkat untuk menamatkan konflik.
Ketegangan yang secara tidak langsung mempengaruhi segenap aspek kehidupan rakyat di seluruh dunia akibat kenaikan harga komoditi dan bahan bakar, pastinya akan terus memburuk tanpa sokongan padu dari negara lain termasuk Malaysia, katanya.
"Malaysia sering menjadi penyokong kuat kepada keamanan, undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Suara setiap negara amat penting. Kami juga menghargai keputusan Malaysia untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine.
"Kami juga percaya kini bukan masa untuk mengelak daripada tanggungjawab dengan berselindung di sebalik berkecuali tetapi mengambil pendirian yang jelas untuk menyokong undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
"Dunia kini saling berkait dan bergantung antara satu sama lain, jadi kita perlu bekerjasama untuk memaksa pelaku berubah ke arah kebaikan, memulihkan keamanan dan orde antarabangsa," kata Nechytaylo, yang juga bekas duta Ukraine ke Filipina dan Timor Leste.
Justeru, buat rakan dan komuniti Malaysia yang sentiasa dekat dengan dirinya, Nechytaylo menggesa untuk terus mendengar rayuan dan menyokong Ukraine.
"Jadi, apabila anda melihat harga yang lebih tinggi di stesen minyak atau membayar bil utiliti yang lebih mahal, anda perlu tahu punca utama masalah itu.
"Kerana itu mesej saya kepada rakyat Malaysia: ...Kita semua mesti bersatu untuk menghentikan pencerobohan yang sedang berlaku sekarang," katanya yang meminati kumpulan Search.
Majlis Keselamatan PBB dijadualkan membincangkan resolusi yang dikemukakan oleh wakil Kyiv dan Kesatuan Eropah (EU) pada ulang tahun pencerobohan Rusia, memetik laman sesawang badan dunia itu pada Rabu (22 Feb).
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata tempoh setahun itu menjadi peristiwa yang suram dan kesannya turut dirasakan sehingga melangkaui luar Ukraine.
Beliau berharap rayuan bantuan kemanusiaan sebanyak US$5.6 bilion untuk rakyat Ukraine yang dilancarkan PBB baru-baru ini akan mendapat sokongan semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
NECHYTAYLO: Malaysia sering menjadi penyokong kuat kepada keamanan, undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). -Gambar fail/Bernama
ASEAN-Malaysia 2025 [9/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
AWANI Tonight: Japanese PM Ishiba calls for stronger ASEAN cooperation
Japanese Prime Minister Shigeru Ishiba emphasised the need to strengthen ties with ASEAN, following talks with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putrajaya today.
AWANI Tonight: 2024 first year to pass 1.5 °C limit
The year 2024 is officially the hottest ever recorded with global temperatures 1.6 °C above pre-industrial levels, surpassing the previous record set in 2023 and crossing a critical climate threshold.
AWANI Tonight 10 Jan 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.