WASHINGTON: Seorang warga Britain mengaku bersalah menggodam akaun Twitter milik tokoh berprofil tinggi pada 2020 seperti calon presiden Demokrat ketika itu Joe Biden, lapor Sputnik, memetik kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).
"Seorang warga United Kingdom (UK) mengaku bersalah hari ini di New York atas peranannya menghendap secara maya serta terbabit pelbagai skim yang melibatkan penggodaman komputer, termasuk penggodaman Twitter Julai 2020.
Penggodaman Twitter 2020 menjejaskan lebih daripada 100 akaun berprofil tinggi di laman media sosial. Beberapa akaun yang digodam termasuk milik Elon Musk, bekas Presiden Barack Obama, dan pelabur Warren Buffett.
Jabatan Kehakiman juga berkata O'Connor dan rakannya melakukan perancangan untuk menggunakan pertukaran modul pengenalan pelanggan (SIM) bagi menjalankan pencerobohan siber dengan mencuri mata wang kripto bernilai kira-kira US$794,000 daripada syarikat yang berpangkalan di Manhattan yang menyediakan infrastruktur dompet dan perisian berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Penggodaman Twitter 2020 menjejaskan lebih daripada 100 akaun berprofil tinggi di laman media sosial. Beberapa akaun yang digodam termasuk milik Elon Musk, bekas Presiden Barack Obama, dan pelabur Warren Buffet. - Gambar hiasan/ Reuters
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rakyat UK mengaku salah godam Twitter Presiden AS
Seorang warga Britain mengaku bersalah menggodam akaun Twitter milik tokoh berprofil tinggi pada 2020 seperti calon presiden Demokrat ketika itu Joe Biden.