Memetik laporan AP, di Sekolah Santirat Witthayalai, pelajar sekolah berpeluang menyaksikan fenomena itu menggunakan teleskop di padang sekolah secara beramai-ramai.
Orang ramai turut berkumpul untuk menyaksikan keajaiban alam tu sekitar tengah hari waktu tempatan.
BACA: Rakyat Malaysia teruja lihat Gerhana Matahari Anulus
Manakala di Aceh, Indonesia, orang ramai berkumpul di atas bumbung beberapa bangunan untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku itu.
Orang ramai turut menggunakan kaca mata istimewa sambil mendongak melihat fenomena tersebut selama lebih dua minit.
Sambutan sama juga diadakan di beberapa bandar lain seperti Jakarta dan Riau.
Beberapa negara Asia lain yang turut berpeluang menyaksikan fenomena alam ini adalah Singapura, Sri Lanka, India dan Filipina.