TOKYO: Hampir 100 penunjuk perasaan di Jepun berhimpun untuk membantah rancangan kerajaan melepaskan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik, menyatakan kebimbangan mereka terhadap laporan akhir oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Demonstrasi itu diadakan pada petang Rabu di hadapan ibu pejabat Tokyo Electric Power Company (TEPCO), pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah. Penunjuk perasaan daripada beberapa kumpulan sivik tempatan memegang pelekat bertulis "Jangan buang air tercemar ke laut" dan "Jangan cemarkan lautan kita".
"Standard keselamatan yang didakwa TEPCO pada asasnya adalah cacat," seorang penunjuk perasaan bernama Yamazaki memberitahu Xinhua, sambil menambah bahawa tiada had terhadap jumlah air tercemar nuklear yang akan dilepaskan ke lautan dan peraturan sedia ada mengenai kepekatan bahan radioaktif adalah terlalu ringan.
Lelaki pertengahan umur itu, yang menentang keras piawaian kepekatan tinggi untuk air tercemar nuklear yang ditetapkan oleh IAEA, menekankan bahawa terdapat kaedah alternatif untuk mengendalikan air berkenaan.
"Adalah tidak boleh diterima untuk melepaskan kuantiti air yang banyak mengandungi bahan radioaktif ke dalam lautan, mengambil kira potensi bahaya yang mungkin ditimbulkannya pada masa hadapan," katanya.
Pada Selasa, IAEA menerbitkan laporan semakan keselamatan komprehensif terakhir mengenai pelan pelepasan laut Jepun selepas Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi menyerahkan salinan kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo.
Penunjuk perasaan menyatakan bantahan mereka mengenai laporan itu, mengatakan bahawa kerajaan Jepun "tidak bertanggungjawab" dengan mengambil laporan IAEA sebagai "kebenaran untuk pelepasan laut" dengan mengabaikan tentangan daripada penduduk tempatan, industri perikanan dan negara jiran.
"Walaupun 'racun' itu dicairkan sebanyak 40 kali, ia tetap 'racun' dan sifatnya tidak boleh diubah," laung orang ramai serentak.
Seorang lagi penunjuk perasaan bernama Kimura mendakwa, untuk menangani penentangan dari dalam dan luar negara, kerajaan Jepun, bersama-sama dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, dan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear akan menyalahgunakan laporan IAEA dan membentangkannya sebagai lampu hijau untuknya melepaskan sisa air tercemar yang dirancang.
Pada Selasa, Grossi menegaskan pada sidang media yang diadakan di Kelab Akhbar Kebangsaan Jepun di Tokyo bahawa pilihan untuk melepaskan air sisa nuklear ke laut adalah pilihan yang dibuat oleh kerajaan Jepun.
"Saya ingin menekankan bahawa pelepasan air terawat yang disimpan di Stesen Janakuasa Fukushima Daiichi adalah keputusan oleh kerajaan Jepun dan laporan ini bukanlah satu syor mahupun pengesahan dasar itu," kata Grossi.
IAEA akan terus berada di tapak loji Fukushima Daiichi untuk menyemak, memantau dan menilai aktiviti pelepasan untuk beberapa dekad akan datang, katanya.
Kerajaan Jepun sedang membuat persiapan untuk menjalankan pelan pembuangan air sisanya seawal Ogos, laporan media tempatan pada Rabu.
Kerajaan Jepun merancang untuk melepaskan kira-kira 1.3 juta tan air sisa tercemar radioaktif yang kini disimpan dalam kira-kira 1,000 tangki simpanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
![Rakyat Jepun bantah pelan pelepasan air sisa loji nuklear Fukushima Rakyat Jepun bantah pelan pelepasan air sisa loji nuklear Fukushima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688620131_FukushimaDaiichinu.jpg)
Kerajaan Jepun sedang membuat persiapan untuk menjalankan pelan pembuangan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik seawal Ogos. - Gambar fail/ Reuters
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis - PM Jepun Pelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis - PM Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692673800_TBJapanNuclear.jpg)
Pelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis - PM Jepun
Kishida berkata pelepasan air ke Lautan Pasifik adalah satu perkara yang "tidak boleh ditangguhkan".
![Pelepasan air radioaktif Fukushima ke laut dikhuatiri jejaskan khazanah ekosistem marin - Pakar tempatan Pelepasan air radioaktif Fukushima ke laut dikhuatiri jejaskan khazanah ekosistem marin - Pakar tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687664811_FukushimaDaiichinu.jpg)
Pelepasan air radioaktif Fukushima ke laut dikhuatiri jejaskan khazanah ekosistem marin - Pakar tempatan
Maizah berkata tindakan itu perlu diperhalusi oleh semua pihak kerana kesan tindakan itu hanya dapat dilihat oleh generasi akan datang.
![Pakar Korea Selatan dihantar ke Jepun periksa sisa air radioaktif Pakar Korea Selatan dihantar ke Jepun periksa sisa air radioaktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683496409_pressconference.jpg)
Pakar Korea Selatan dihantar ke Jepun periksa sisa air radioaktif
Korea Selatan bersetuju menghantar pakarnya ke Jepun untuk memeriksa sisa air radioaktif di loji nuklear Fukushima.