PEGAWAI perisikan Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin tidak dimaklumkan dengan betul oleh penasihatnya mengenai prestasi buruk tenteranya di Ukraine.
Penemuan risikan terbaru White House mendedahkan, Putin menyedari perkara itu dan kini terdapat ketegangan antara beliau dan pegawai kanan tentera Rusia.
Perkara ini dimaklumkan Pengarah Komunikasi White House Kate Bedingfield pada sidang media di Washington pada Rabu,.
Katanya, pentadbiran White House percaya Putin telah diperdayakan bukan sahaja mengenai prestasi tenteranya tetapi juga tentang keadaan ekonomi Rusia.
"Sudah tentu, saya bukan jurucakap Kremlin dan tidak boleh bercakap bagi pihak Putin.
"Apa yang boleh saya katakan ialah, kami mempunyai maklumat bahawa Putin berasa tertipu oleh tentera Rusia, mengakibatkan ketegangan berterusan antara Putin dan kepimpinan tenteranya.
"Kami percaya, Putin dimaklumkan secara salah oleh penasihatnya tentang betapa teruknya prestasi tentera Rusia dan bagaimana ekonomi Rusia dilumpuhkan oleh sekatan, kerana penasihat kanannya terlalu takut untuk memberitahunya perkara sebenar.
"Jadi, semakin jelas sekarang, perang Putin ini merupakan satu kesilapan strategik yang telah menyebabkan Rusia semakin lemah dalam jangka masa panjang dan semakin terpencil di pentas dunia," katanya.
Pada sidang media itu juga, Bedingfield turut menyelar tindakan bekas presiden AS Donald Trump yang menggesa Putin supaya mengeluarkan maklumat tentang anak lelaki Biden, Hunter Biden.
Astro Awani
Thu Mar 31 2022
Kate Bedingfield bercakap pada sidang media di White House, Washington, 30 Mac 2022. (Foto AP)
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Putin tandatangani dekri luluskan kemas kini dalam doktrin nuklear
Vladimir Putin menandatangani dekri meluluskan doktrin nuklear Rusia yang dikemas kini.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
Duta Malaysia serah watikah pelantikan kepada Putin
Duta Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai adalah antara duta dari 28 negara yang menyerahkan watikah pelantikan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa,
BRICS perkukuh kerjasama perbankan, kurangkan penggunaan dolar Amerika
Anggota blok itu juga akan meningkatkan pembayaran menggunakan mata wang tempatan masing-masing.
Putin enggan ulas kehadiran tentera Korea Utara di Rusia
Presiden Rusia tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaan Amerika Syarikat berhubung laporan Rusia sedang melatih tentera Korea Utara.
Rusia sedia main peranan akhiri konflik Asia Barat
Menurut Vladimir Putin, tidak ada pihak yang mahu melihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
BRICS bukan format tertutup, terbuka kepada semua yang berkongsi nilainya - Putin
Putin berkata, ahli BRICS sedia mencari penyelesaian bersama tanpa tekanan luar atau percubaan untuk mengenakan pendekatan sempit kepada sesiapa.
UNSC: Beri negara Selatan Global peranan lebih besar - Putin
Negara Asia, Afrika dan Amerika Latin perlu diberikan peranan lebih besar dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).