KUALA LUMPUR : Bagaikan tidak gentar dengan sebarang ancaman termasuk sekatan ekonomi yang dibuat beberapa negara, Presiden Rusia, Vladimir Putin terus melawan arus dengan mengarahkan pasukan nuklearnya untuk berada dalam keadaan siap siaga dengan sebarang ancaman yang dibuat negara-negara barat.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Moscow, Putin telah mengarahkan Menteri Pertahanan dan Ketua Turus Am Angkatan Tentera negara itu untuk mengaktifkan pasukan nuklear dalam 'mod khas perkhidmatan tempur'.
"Anda lihat bagaimana negara-negara barat bukan sahaja mengambil pendekatan bermusuhan dengan negara kita dalam bidang ekonomi, maksud saya sekatan tidak sah," katanya.
Dakwanya lagi, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan sengaja membiarkan kenyataan agresif dilancarkan ke atas Rusia sejak beberapa hari lalu.
Arahan Putin itu dalam masa sama meningkatkan lagi kebimbangan di peringkat antarabangsa yang mana negara itu mempunyai bekalan senjata nuklear kedua terbesar di dunia dilengkapi simpanan besar peluru berpandu balistik.
Susulan itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama Rusia di sempadan Belarus.
Bagaimanapun, lokasi sebenar dan masa pertemuan itu tidak didedahkan.
Beliau sebelum ini menyatakan kesediaan melakukan rundingan damai namun tidak mahu ianya diadakan di Belarus, yang mana mempunyai hubungan yang kuat dengan Rusia.
Astro Awani
Sun Feb 27 2022
Presiden Rusia, Vladimir Putin terus melawan arus dengan mengarahkan pasukan nuklearnya untuk berada dalam keadaan siap siaga dengan sebarang ancaman yang dibuat negara-negara barat. - Gambar fail/REUTERS
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.