MENURUT laporan The Edge Markets pada 25 Julai 2022, data oleh United Nation Food & Agriculture Organisation menunjukkan bahawa harga makanan global telah meningkat sebanyak 65% sejak bermulanya pandemik Covid-19.
Tambahan pula, sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%. Krisis Russia-Ukraine ini telah menambah-buruk gangguan kepada rantaian bekalan makanan, melonjakkan harga sumber tenaga serta meningkatkan harga baja dan kos pengangkutan.
Malaysia juga tidak terkecuali dari menerima kesan isu global ini. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa Indeks Harga Pengguna untuk Jun 2022 bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol telah meningkat sebanyak 6.1%. Trend peningkatan ini berterusan dari Mei 2022 (5.2%) dan April 2022 (4.1%).
Antara isu utama yang melanda Malaysia baru-baru ini ialah bekalan ayam yang berkurangan serta harga ayam yang meningkat. Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil beberapa langkah yang drastik untuk memastikan keperluan domestik mencukupi, termasuklah menghentikan eksport ayam dan memansuhkan permit import ayam. Langkah drastik tersebut di ambil memandangkan ayam merupakan sumber protein utama rakyat Malaysia.
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2019, jumlah consumption tahunan ayam di Malaysia ialah 50.9 kg per kapita, berbanding dengan daging lembu (5.4 kg per kapita) dan daging kambing (1.1 kg per kapita). Malah consumption tahunan ayam Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara-negara jiran: Indonesia (8kg per kapita), Filipina (14kg per kapita), Vietnam (17kg per kapita) dan Singapura (36 kg per kapita). Rakyat Malaysia banyak makan ayam!
Oleh kerana itu, ayam memiliki wajaran/ weightage yang besar di dalam Indeks Harga Pengguna untuk sub-kumpulan daging iaitu 46.1%. Pada masa yang sama, wajaran/ weightage di dalam Indeks Harga Pengguna untuk kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol adalah 29.5%. Ini bermakna harga ayam memberi impak yang agak signifikan kepada Indeks Harga Pengguna.
Seterusnya, ianya akan memberi kesan kepada perbelanjaan isi-rumah. Mengikut Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), purata perbelanjaan bulanan penggunaan isi rumah untuk kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol adalah sebanyak 17.3%. Ini adalah perbelanjaan isi rumah kedua terbesar selepas kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (23.6%).
Dengan kata lain, lebih satu per enam perbelanjaan bulanan rakyat adalah untuk makanan dan minuman. Sekiranya harga makanan terus meningkat, rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk makanan, dan akan mengurangkan perbelanjaan untuk perkara-perkara lain. Akhirnya, ini akan memberi kesan negatif kepada agenda pemulihan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.
Pada 26 Julai 2022, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee telah menyatakan bahawa tindakan kerajaan telah berjaya menstabilkan bekalan serta harga ayam di pasaran. Secara keseluruhan, kerajaan telah memberi subsidi sejumlah RM 1.1 billion kepada penternak ayam dan telur. Pada masa yang sama, hasil perbincangan dengan penternak ayam, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan harga siling ayam dari RM 8.90/kg kepada RM 9.40/ kg. Kadar baru ini dipilih sebagai win-win untuk mengimbangi antara kemampuan pengguna untuk membeli (affordability) dan kemampuan penternak untuk membekal (availability).
Setakat ini, kerajaan telah berjaya meredakan krisis ayam yang melanda negara. Pengguna dapat akses kepada bekalan ayam yang mencukupi, dan pada harga mampu-beli. Pengeluar ayam pula dapat terus menyediakan bekalan ayam dan menjual pada harga yang tidak merugikan. Namun begitu, langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah bersifat jangka pendek dan tidak menjurus kepada sumber isu yang di hadapi. Umpama merawat simptom, dan tidak kepada punca penyakit.
Pada 23 Julai 2022, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah menyatakan bahawa Self Sufficiency Level (SSL) untuk ayam di Malaysia ialah 104%. Ini bermakna pengeluaran ayam melebihi permintaan ayam dalam negara. Justeru itu, isu yang dihadapi bukanlah kapasiti untuk membekal ayam yang mencukupi untuk pasaran tempatan. Tetapi isu yang di hadapi oleh penternak ayam ialah untuk membekalkan ayam pada kos yang berpatutan dan menjual pada harga mampu-beli oleh pengguna serta di bawah harga siling yang di tetapkan oleh kerajaan. Pandemik Covid-19 dan konflik Russia-Ukraine telah menyebabkan kos menternak ayam di Malaysia telah meningkat dengan ketara kerana kebergantungan yang amat tinggi terhadap makanan/ dedak ayam yang di import. Walaupun kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan ini menerusi pelbagai inisiatif sejak sekian lama, namun masih belum berjaya sehingga kini.
Situasi yang sama juga dengan jumlah import makanan Malaysia. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2020, jumlah import makanan Malaysia ialah RM 55.5 billion, berbanding eksport makanan sebanyak RM 33.8 billion. Mengikut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, jumlah import makanan negara terus meningkat pada kadar purata 4.1 peratus setahun daripada RM45.3 billion pada 2015 kepada RM55.4 billion pada tahun 2020. Ini jelas membuktikan bahawa dasar kerajaan masih belum berjaya untuk menambah-baik agenda keselamatan makanan negara.
Kerajaan harus segera melaksanakan pelan penyelesaian jangka panjang yang kukuh dan mampan untuk mengukuhkan agenda keselamatan makanan negara. Apa jua pelan yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk membuahkan hasil. Kebergantungan tinggi kepada import makanan bermakna rakyat Malaysia akan terus terkesan dengan situasi bekalan makanan antarabangsa untuk jangka masa panjang. Penyusutan nilai Ringgit ketika ini juga memburukkan lagi situasi. Oleh yang demikian, jangan buang masa. Act now! Execute well!
Pelan penyelesaian yang dilaksanakan mestilah ada unsur common-sense dan make-sense. Jika tidak, pelan tersebut bakal gagal dan akan memberi kesan negatif kepada pembangunan ekonomi negara.
Pada 22 Julai 2022, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Tan Sri Noh Omar di laporkan menyatakan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi menerusi CoopMart dijangka akan mula mengimport ayam beku bermula September 2022. Ini bertujuan untuk memastikan bekalan ayam mencukupi dan membantu menyelesaikan kenaikan harga ayam di pasaran. Persoalan-nya, adakah ini make-sense? Jika Self Sufficiency Level (SSL) untuk ayam berada pada 104%, iaitu bekalan melebihi permintaan, kenapa perlu untuk mengimport ayam?
Oleh kerana lebihan bekalan ayam, Malaysia mengeksport ayam ke beberapa negara, termasuklah Singapura dan Thailand. Pada tahun 2021, Malaysia telah mengeksport sebanyak 47 juta ekor ayam hidup. Namun begitu, bermula 1 Jun 2022, kerajaan telah menghentikan eksport ayam untuk menstabilkan bekalan serta harga ayam di Malaysia. Singapura amat terkesan dengan tindakan Kerajaan Malaysia tersebut kerana 34% daripada keperluan ayam Singapura adalah import dari Malaysia. Singapura mengimport sebanyak 46 juta ekor ayam setahun (3.8 juta sebulan) dari Malaysia, iaitu 97% dari jumlah eksport ayam Malaysia. Seterusnya, Singapura dengan segera telah memberi akreditasi kepada Indonesia dan telah mula mengimport ayam dari Indonesia. Sebelum ini, Singapura tidak pernah mengimport ayam dari Indonesia!
Memandangkan Singapura merupakan negara pengimport ayam Malaysia terbesar, adalah common-sense untuk Malaysia melindungi perdagangan ayam ini dengan sedaya-upaya agar tidak jatuh kepada negara lain seperti Indonesia. Mengikut laporan media massa, pada tahun ini, Indonesia di jangka mempunyai lebihan kapasiti sebanyak 900 juta ekor ayam. Ini bermakna Indonesia mampu untuk mengganti Malaysia bagi memenuhi keperluan ayam Singapura. Akibatnya, penternak ayam Malaysia, terutamanya penternak kecil dan sederhana, akan mengalami kesukaran untuk mengeksport ayam dan mungkin terpaksa mengecilkan operasi serta mengurangkan tenaga kerja. Justeru itu, make-sense untuk kerajaan segera mengkaji penghentian eksport ayam agar pembangunan ekonomi negara terus berdaya maju.
Menurut laporan The Edge Markets tersebut, Morgan Stanley Research berpendapat bahawa harga makanan global yang telah meningkat sebanyak 65% dalam jangka masa dua tahun lepas, akan mencapai kemuncak pada tahun ini, dan mula menurun pada tahun 2023. Ini bersandarkan faktor seperti peningkatan hasil oleh petani, cuaca yang lebih baik serta pengurangan konflik Russia-Ukraine.
Namun begitu, oleh kerana kebergantungan tinggi Malaysia kepada import makanan, bahan makanan haiwan, input pertanian seperti baja dan racun, pergerakan harga global yang tidak menentu akan terus memberi impak besar kepada rakyat. Justeru itu, kerajaan wajar menyediakan pelan pemulihan ekonomi yang bersepadu dan mampan untuk menjamin agenda keselamatan makanan negara. It has to be based on common-sense and make-sense.
* Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MATA Aerotech
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Wan Azrain Adnan
Thu Jul 28 2022
![[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense' [KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656566323_ayam.jpg)
Jika Self Sufficiency Level untuk ayam berada pada 104 peratus, iaitu bekalan melebihi permintaan, kenapa perlu untuk mengimport ayam, soal penulis.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
AWANI Tonight: Retirement: Securing a better future beyond EPF dividend
The EPF's 6.3% dividend for 2024 brings relief to many, but Dr. Paul Anthony Maria Das of Taylor’s University warns that relying solely on EPF savings is no longer a sustainable strategy for long-term financial security.
AWANI Tonight: Overseas-born kids of M'sian mums eligible for citizenship
Children under 18, born overseas to Malaysian mothers, can now apply for Malaysian citizenship following a settlement between advocacy group Family Frontiers, six Malaysian mothers, and the government.
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

PM Anwar buat 'kejutan' turun padang tinjau harga bazar Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan 'mengejut' di Bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City, di sini.

Kantin sekolah boleh bincang dengan ibu bapa untuk naik harga - Fadhlina
Pengusaha kantin sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah serta wakil PIBG untuk mendapatkan persetujuan sebelum menaikkan harga jualan makanan di kantin sekolah.

Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.

Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6765/6800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6805/6830 pada Isnin.

Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur 3.2-3.3 peratus tahun ini - Firma penyelidikan
MIDF Research berkata persekitaran inflasi yang rendah itu berkemungkinan berlanjutan sehingga suku pertama 2024.

Sate ayam 40 sen di Jitra
Peniaga, Muhammad Khairul Fikri Abdu Kadirl, 30, berkata, dia menawarkan sate pada harga mampu milik di gerainya Sate Batas Ban yang dibuka sejak enam bulan lepas.

Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1
Seorang wanita terkejut apabila perlu membayar RM1 untuk sepotong kaki ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai di Kuala Nerus pada Selasa.

Harga makanan dijangka terus naik pada Ramadan, Aidilfitri
Harga makanan dijangka terus meningkat semasa Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM
Fadhlina menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.

KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5
Menu Rahmah yang terdiri daripada nasi, ayam atau ikan dan sayur itu dijangka mendapat persetujuan daripada beberapa persatuan kedai makanan.