Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyeru Britain untuk kekal "kuat, teguh dan bersatu”, sehari menjelang pungutan suara Scotland yang akan menentukan sama ada ia akan kekal menjadi sebahagian daripada United Kingdom ataupun sebuah negara yang bebas merdeka.
Walaupun Amerika Syarikat tidak menyatakan secara terus untuk mahu penyatuan dikekalkan kerana tidak ingin dituduh sebagai mengganggu proses tersebut, ia jelas tidak mahu sekutu kuatnya berpecah.
“UK merupakan rakan luar biasa untuk Amerika dan satu kuasa yang baik untuk dunia yang tidak stabil,” kata Obama dalam satu tweet dari akaun rasminya.
“Saya berharap ia akan kekal kuat, kukuh dan bersatu,” tambah Obama.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh “bo” – singkatan yang digunakan oleh White House bagi menandakan mesej Twitter itu ditulis secara peribadi oleh presiden dan bukannya dari pasukan akhbar beliau.
Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah sekutu rapat sejak Perang Dunia dan Perang Dingin.
Washington bimbang pengaruh sekutunya akan menjadi lemah di Eropah dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu jika Scotland mengundi untuk meninggalkan Britain, dan justeru melemahkan juga perikatan tentera Nato antara kedua-dua negara.
Kira-kira 4.3 juta rakyat Scotland akan mengundi dalam pungutan suara pada Khamis untuk menentukan sama ada kesatuannnya bersama United Kingdom selama 300 tahun akan berakhir.
Bil Referendum Kemerdekaan Scotland diperkenalkan pada 21 Mac 2013 dan seterusnya mendapat kelulusan Perlembagaan Diraja Britain pada Disember 2013.
Semua pihak diberikan tempoh selama 9 bulan untuk berkempen sama ada ‘Yes’ atau ‘No’ kepada kemerdekaan Scotland.
Astro Awani
Thu Sep 18 2014

Pungutan suara Scotland: Obama menyeru Britain 'bersatu'.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Erdogan gesa bentuk perlembagaan baharu Turkiye yang lebih inklusif
Kejayaan perlembagaan yang diterima pakai oleh Turkiye bergantung kepada keterangkuman terhadap setiap parti politik dan sektor masyarakat.

Rakyat Uzbekistan mula mengundi dalam referendum mengenai pindaan perlembagaan
Pengundi di Uzbekistan mula mengundi pada Ahad dalam referendum bersejarah mengenai pindaan perlembagaan yang jika diluluskan kelak bakal mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial negara ini.

Konflik Rusia-Ukraine: Presiden Vladimir Putin arah petani jadi tentera
Berikutan konflik berpanjangan, Presiden Rusia Vladimir Putih mengarahkan perintah terbaharu kepada para petani di negara itu untuk berkhidmat sebagai tentera.

Solidariti dan perpaduan belia Malaysia untuk Palestin
MBM sebagai pemegang taruh belia negara ini menyeru rakyat agar Malaysia merentasi sempadan kaum dan agama supaya cakna dengan isu global yang berlaku kini.

Pilihan Raya Negeri jalan terbaik lerai kemelut politik Sabah - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi meleraikan kemelut politik di Sabah dengan mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat, demikian menurut penganalisis politik.

UK umum peruntukan lebih 700 juta pound persediaan keluar EU
Pakej pembiayaan tersebut akan membayar kos untuk pos kawalan sempadan baharu dan meningkatkan pengambilan kakitangan pasukan sempadan sebanyak 500 orang.

Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.

Ceritalah: Sedekad berlalu, dunia terus ulang kesilapan lalu
Apa yang berlaku di Malaysia hanyalah suatu perubahan pendek dari suatu alunan global ke arah kanan.

Pound Britain melonjak selepas Parti Konservatif menang pilihan raya UK
Pound Britain melonjak pada Khamis malam selepas pemberian suara eksit menunjukkan bahawa Parti Konservatif berada di haluan yang betul untuk memenangi majoriti besar.

Tanjung Piai ibarat referendum kecil kepada PH - Ahmad Zahid
Pilihan Raya kecil (PRK) Tanjung Piai menjadi referendum kecil kepada penolakan rakyat terhadap kerajaana Pakatan Harapan (PH).