WASHINGTON: Puluhan ribu penduduk di Amerika Syarikat (AS) mengadakan tunjuk perasaan menentang keganasan senjata api pada Sabtu selepas beberapa siri tembakan besar-besaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lapor Agensi Anadolu.
Protes dianjurkan pertubuhan March For Our Lives, yang diasaskan pelajar yang terselamat daripada kejadian serangan beramai-ramai di sebuah sekolah di Parkland, Florida pada 2018.
Di Washington DC, penunjuk perasaan berkumpul di kawasan National Mall, sambil membawa sepanduk tertera perkataan "Kawal senjata api sekarang," "Tamatkan keganasan senjata api," "Cukup setakat ini," dan "Lindungi kanak-kanak bukan senjata api."
Datuk Bandar Muriel Bowser turut menyampaikan ucapan kepada orang ramai di sekitar Monumen Washington, meminta Kongres melaksanakan undang-undang senjata api "yang masuk akal" untuk memerangi keganasan senjata api.
Tunjuk perasaan dianjurkan di seluruh negara sebagai tindak balas terhadap insiden tembakan terbaharu di sekolah rendah di Uvalde, Texas dan serangan bersenjata yang bersifat perkauman di Buffalo, New York.
Presiden AS Joe Biden berulang kali menggesa Kongres supaya meluluskan undang-undang senjata api lebih ketat bagi mengurangkan keganasan di seluruh negara.
Pada minggu ini, Dewan Rakyat meluluskan "Akta Perlindungan Kanak-Kanak", bertujuan mencegah keganasan senjata api.
Rang undang-undang itu mensyaratkan had umur yang dibenarkan membeli senapang automatik dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun.
Selain di ibu negara AS, tunjuk perasaan juga berlaku di New York, Los Angeles, Chicago, Boston dan bandar-bandar lain.
Sekurang-kurangnya 255 insiden tembakan besar-besaran terjadi di AS tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Datuk Bandar Muriel Bowser turut menyampaikan ucapan kepada orang ramai di sekitar Monumen Washington. - Foto REUTERS
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Puluhan ribu adakan tunjuk perasaan tentang keganasan senjata api
Protes dianjurkan pertubuhan March For Our Lives, yang diasaskan pelajar yang terselamat daripada kejadian serangan beramai-ramai.