Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura berakhir malam tadi.
Setiap parti bertanding mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum hari pengundian esok.
Parti Pekerja (WP) antara parti yang mengadakan himpunan kemuncaknya di Stadium Beduk, di sini. Perhimpunan itu mendapat sambutan baik dari rakyat tempatan yang berpusu-pusu memenuhi stadium berkenaan.
Antara isu yang dibangkitkan dalam ceramah yang diadakan di perhimpunan itu, termasuklah meningkatkan bilangan ahli parlimen pembangkang untuk mengimbangi kerajaan pemerintah.
Seramai 28 calon WP hadir pada rapat umum itu yang dihadiri lebih 10,000 orang.
Tempoh bertenang bermula hari ini, sebelum rakyat ke peti undi bagi memilih parti yang memerintah, esok.
Sementara itu, kalangan pengundi yang ditemui krew Astro AWANI memberikan reaksi pelbagai.
Bagi mereka, kempen yang hangat berlangsung merupakan sesuatu perkembangan yang sihat untuk politik di Republik itu.
Warga Singapura rata-rata, kelantangan suara pembangkang amat penting supaya suara rakyat akan lebih mendapat perhatian kerajaan.
Bagi seorang pengundi Jalan Besar, di sini Michael Yong, beliau menyifatkan kehadiran pembangkang dalam pilihan raya itu penting untuk menjadi 'mata' dan 'telinga' kepada rakyat.
"Lebih banyak parti pembangkang yang bertanding boleh lebih bagus kerana ia memberi lebih suara serta tekanan kepada parti pemerintah bagi beberapa isu yang membabitkan kepentingan rakyat," ujarnya.
Pendapatnya, turut dikongsi seorang pengundi East Coast, Mohamad Ghazali yang percaya, republik itu memerlukan suara pembangkang yang semakin lantang serta ramai.
"Kita perlukan lebih banyak penyertaan pembangkang dalam parlimen, supaya kerajaan sedar mengenai apa yang mereka lakukan sentiasa diperhatikan," katanya.
Perkara itu turut disokong seorang penyokong Parti Buruh, Krishnasamy Balakrishnan yang mengharapkan parti bekenaan akan menjadi pembangkang lebih kuat di parlimen selepas begitu lama sistem politik republik itu dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).
"Sudah pasti saya mahu Parti Buruh menang kerana PAP kawal parlimen dan mengawal rakyatnya serta menentukan masa depan mereka.
Kita mahu rakyat yang mencorakkan masa depan mereka sendiri bukan oleh Perdana Menteri PAP. Kita perlu bantu penduduk yang miskin," katanya.
Pilihan raya tahun ini yang bakal diadakan pada 11 September ini diadakan setahun lebih awal daripada tamat penggal pemerintahan, demikian umum Pejabat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada bulan Ogos.
Penganalisis berkata, parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang diasaskan oleh mendiang ayahnya Lee Kuan Yew, dan sudah memerintah republik itu enam tahun sebelum merdeka pada 1965, mampu meningkatkan prestasinya berbanding pilihan raya lalu.
Pada 2011, PAP menang dengan undi yang mencatatkan kemerosotan selepas orang ramai tidak gembira dengan kos hidup yang meningkat serta soal imigresen.
Isu berkenaan dijangka sekali lagi menjadi tumpuan perdebatan apabila calon dari PAP dan parti pembangkang mula mengadakan siri berkempen nanti.
Pilihan raya umum perlu diadakan sebelum Januari 2017, namun banyak spekulasi di media dan blog politik sebelum ini tarikhnya akan diawalkan.
Hafiz Marzukhi
Thu Sep 10 2015
Ribuan penyokong Parti Pekerja menghadiri perhimpunan di Singapura dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum pada Jumaat, parti-parti pembangkang berdepan persaingan sengit dari People's Action Party. - Foto AP/Ng Han Guan
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
PRU Singapura: Rakyat mahukan perubahan
Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Singapura berakhir malam tadi. Setiap parti bertanding mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum hari pengundian esok.