Mahkamah Pakistan telah melarang sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih secara terbuka di Islamabad sementara pelajar-pelajar di Indonesia mengadakan tunjuk perasaan supaya orang ramai memboikot sambutan tersebut.
Perkembangan tersebut adalah antara contoh penolakan budaya berkenaan di sesetengah negara di Asia, lapor AFP.
Mereka yang mencari teman untuk hubungan romantis di Australia, Malaysia dan Singapura juga diberi peringatan tentang peningkatan kes penipuan dalam program mencari jodoh dalam talian.
Di Jepun pula, sekumpulan penunjuk perasaan agresif berarak sejak beberapa hari lalu mendesak supaya aksi berkucupan di tempat awam dilarang sama sekali.
Haramkan sambutan
Isnin lalu, perintah daripada Mahkamah Tinggi Islamabad dilihat sebagai satu usaha terkini pihak berkuasa di negara Islam itu untuk mengharamkan sambutan yang disifatkan sebagai tidak sopan ataupun budaya Barat yang tidak perlu diikuti.
Sambutan 14 Februari itu dilihat semakin popular dalam kalangan anak-anak muda Pakistan, yang antara lain meraikannya dengan memberikan hadiah, kad ucapan dan coklat kepada orang yang mereka anggap sebagai kekasih.
Perintah mahkamah itu dibuat berikutan desakan petisyen yang menyatakan bahawa sambutan itu menyelindung perkara lanjutan yang boleh terjadi iaitu ‘pelanggaran moral, kelakuan tidak sopan dan kelucahan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi’.
Larangan yang turut disokong parti-parti Islam itu juga menggesa media massa agar tidak mempromosi Hari Kekasih.
Demonstrasi jalanan
Di Indonesia, sekumpulan pelajar sekolah di Surabaya mengadakan bantahan sambutan Hari Kekasih kerana ia dikatakan menggalakkan hubungan seks.
“Katakan tidak pada Hari Valentine!” Laung pelajar-pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun itu, termasuk mereka yang bertudung.
“Protes ini dilakukan kerana kita melihat Hari Kekasih sering dikaitkan dengan hubungan seks bebas. Itu yang kami bimbang,” kata penganjur protes, Pandu Satria.
Beberapa bandar lain di Indonesia turut mengharamkan sambutannya.
Di Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) mengingatkan golongan muda agar tidak terikut-ikut dengan budaya tersebut dengan menegaskan tentang aspek pembaziran wang dan usia, dosa menyerupai kelaziman sesuatu kaum lain yang menyimpang dari akidah, dan menggalakkan cinta sebelum nikah serta menggalakkan zina.
Penjelasan panjang tentang perkara itu turut dimuatkan dalam laman web rasmi Pembina.
Hentikan kapitalisme cinta
Beberapa hari lalu di Jepun, sebuah kumpulan pelik yang dikenali sebagai ‘Kakuhido’, atau Revolusi Perikatan Lelaki dan Wanita Tidak Menarik, juga mendesak agar perbuatan menunjukkan keintiman di tempat umum dihentikan kerana ia menyakiti hati mereka.
“Matlamat kami adalah untuk membanteras kapitalisme cinta. Orang seperti kami yang tidak mencari nilai dalam cinta sedang ditindas oleh masyarakat.
“Ia adalah konspirasi oleh orang yang menyangka bahawa individu yang berpenampilan kurang menarik berasa rendah diri dan tidak bermakna – contohnya berpelukan di tempat awam membuatkan kami rasa terhina. Itu tidak boleh dimaafkan,” ujar ketua perhubungan awam kumpula itu, Takayuki Akimoto.
Pihak berkuasa di Malaysia, Australia dan Singapura telah mengeluarkan amaran tentang peningkatan kes penipuan dalam talian melibatkan individu yang mengharapkan perhubungan.
Selain menjejaskan emosi, penipuan itu juga menyebabkan kerugian wang dan harta benda.
Mengikut statistik Suruhanjaya Persaingan dan Konsumer Australia (ACCC) , penipuan dalam talian yang melibatkan harapan membina perhubungan menyebabkan kerugian wang yang lebih besar berbanding jenis penipuan lain.
Kebanyakan mangsa yang terjerat adalah dalam lingkungan usia 45 tahun ke atas.
“Manipulasi dan penipuan yang dieksploit dalam hubungan romantis semakin meningkat. Jika anda sedang mencari ‘kekasih’ sempena Hari Valentine, adalah penting agar anda mampu mengenal pasti tanda-tandanya,” ujar Timbalan Pengerusi ACCC Delia Rickard dalam satu kenyataan.
Agensi
Tue Feb 14 2017
Aktivis Parti Bharatiya Janata (BJP) Mahila Morcha membakar pakaian melambangkan Hari Valentine dalam satu protes di Hyderabad,
Innovathon musim ke-2: Puncture Proof Self Healing Tyre juara minggu keempat
Puncture Proof Self Healing Tyre diumumkan sebagai pemenang pada minggu keempat program Innovathon musim ke-2.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King'
Kedutaan Malaysia di Tehran menganjurkan majlis resepsi durian menonjolkan kepentingan budaya.
Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan
Cadbury antara 100 syarikat yang tidak lagi mendapat sokongan rasmi selepas 'Royal Warrant' mereka tidak diperbaharui oleh Raja Charles III.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
Penyiasat PBB yakin bukti cukup dakwa rejim Bashar
Ketua Badan Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria mendedahkan terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa individu dengan jenayah antarabangsa, tetapi langkah segera perlu diambil untuk memastikan bukti tersebut selamat dan terpelihara.
Netanyahu: Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akui rundingan dengan kumpulan Hamas bagi membebaskan tebusan semakin capai kemajuan
Israel mengaku bunuh Ismail Haniyeh
Untuk pertama kalinya, Israel mengakui bertanggungjawab atas pembunuhan Ismail Haniyeh di Iran, meningkatkan ketegangan dengan Tehran. Menteri Pertahanan Israel, Katz, menyenaraikan kejayaan menumpaskan Hamas dan Hezbollah.
Iran buat penerbangan khas hanya untuk wanita
Sebuah syarikat penerbangan Iran dinamakan sebagai 'Iran Banoo' mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan khas hanya untuk golongan wanita sahaja.
JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih
JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih
Kluster Jalan Green di Sarawak dikesan susulan pergaduhan pada Hari Kekasih
Kluster Jalan Green telah menyebabkan seramai 130 anggota polis dikuarantin.
Wanita bunuh teman lelaki di Hari Kekasih demi kahwini bapa kandung
Seorang wanita yang sanggup membunuh teman lelakinya demi untuk berkahwin dengann bapa kandungnya dihukum penjara 40 tahun.
Isteri masih terima bunga dari mendiang suami sejak 8 tahun lalu
Rich Cox tetap menghantar jambangan bunga kepada isterinya, Tracey, setiap kali tibanya ulang tahun isterinya.
'Nafas Iblis' aiskrim paling bahaya di dunia
Pemilik kafe mengeluarkan peraturan bahawa hanya pelanggan yang melebihi umur 18 tahun sahaja dibenarkan membeli aiskrim ini.
Jaguh paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius kemuka rayuan kurangkan hukuman penjara
Jaguh paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius kemuka rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijalani kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Remaja 17 tahun buat tiga kerja untuk beli 900 kuntum bunga
Hayden Godfrey sanggup menghabiskan wang gajinya demi menggembirakan rakan-rakan perempuannya di sekolah yang belum berteman, sempena Hari Kekasih.
5 Hadiah unik untuk kekasih
Setiap hari adalah hari kekasih, menghargai insan yang tercinta bukan hanya tunggu bulan Februari saban tahun.
India dan Afghanistan lancar kempen One Billion Rising
Sempena sambutan Hari Kekasih, ratusan pelajar, aktivis menyertai aktiviti jalanan bagi menyokong kempen hentikan keganansan terhadap wanita.
Wanita maut jatuh dari tingkat enam
Satu kejadian tragis telah berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun telah maut akibat jatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.