KUCHING: Satu pergaduhan di Jalan Green di sini sewaktu sambutan Hari Kekasih pada 14 Feb lepas telah membawa kepada pengesanan satu daripada dua kluster baharu di Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kluster itu, yang dikenal pasti sebagai Kluster Jalan Green, juga telah menyebabkan seramai 130 anggota polis dikuarantin.
Beliau berkata indeks kes Kluster Jalan Green adalah kes ke-7,093 dan ke-7,094 yang dikesan melalui saringan orang kena tahan (OKT) tangkapan polis pada 14 Feb di daerah Kuching.
"Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kedua-dua kes indeks ini mendapati tambahan empat kes telah dikesan.
"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 148 individu telah disaring dan enam kes telah dikesan positif manakala 112 kes masih menunggu keputusan," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 Sarawak di sini semalam.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, berkata keenam-enam kes positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam mengumumkan pengesanan Kluster Kejatau di Daerah Sri Aman.
Menurut Uggah, Kluster Kejatau adalah kluster di tempat kerja yang melibatkan sebuah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau, Sri Aman.
"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 92 individu telah disaring dan tujuh kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, enam kes negatif dan 79 kes masih menunggu keputusan," katanya.
Semalam, sebanyak 199 jangkitan baharu dikesan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 7,624.
Terdapat dua kematian baharu akibat COVID-19 di Sibu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 69 di seluruh Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
![Kluster Jalan Green di Sarawak dikesan susulan pergaduhan pada Hari Kekasih Kluster Jalan Green di Sarawak dikesan susulan pergaduhan pada Hari Kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51588672429_DouglasUggahEmbas.jpg)
Uggah berkata keenam-enam kes positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738295124_APMSarawakbanjir.jpg)
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
![Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738193419_tbbanjirSarawak.jpg)
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS
PPS Stadium Muhibbah di Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 883 orang daripada 216 keluarga.
![Tanah runtuh Miri: Bantuan pakar dibuat jika ada keperluan - Uggah Tanah runtuh Miri: Bantuan pakar dibuat jika ada keperluan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738129377_MiriLandslide.jpg)
Tanah runtuh Miri: Bantuan pakar dibuat jika ada keperluan - Uggah
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bersedia membawa pakar dari Kuala Lumpur untuk membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Miri.
![Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733609718_TBAmarDouglas.jpg)
Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah
Antara penyelesaian yang sedang dipertimbangkan ialah membina jalan raya bertingkat, kaedah yang sangat sesuai untuk muka bumi ini.
![Belajar daripada sejarah sebagai persediaan hadapi cabaran masa depan - Uggah Belajar daripada sejarah sebagai persediaan hadapi cabaran masa depan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710413666_DouglasUggahEmbas.jpg)
Belajar daripada sejarah sebagai persediaan hadapi cabaran masa depan - Uggah
Rakyat Sarawak perlu mengambil pengajaran daripada sejarah silam sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran besar pada era moden ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
![Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705932071_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.
![Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704754842_TBUKAS.jpg)
Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.
![Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok.
![Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692808573_DatukAmarDouglas.jpg)
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
![Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan
IBET yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.